EURUSD: pedagang bear bersedia untuk menguji 1.10

Pada hari Isnin 27 Januari, euro menurun pada masa penutupan dagangan. Semasa sesi Amerika, pasangan EURUSD menurun ke 1.1010. Euro yang lemah adalah disebabkan oleh tindakan tergesa-gesa pelabur membuat pelaburan dalam aset perlindungan kerana bimbang tentang penyebaran virus corona di China. Pedagang gembira kerana ketaktentuan pasaran telah melepasi paras tertinggi - penunjuk ekonomi telah dibayangi. Indeks saham AS ditutup menurun 1.5%, sepertimana Eropah sebanyak 1.2%. Tiada keadaan panik, tetapi kami berpendapat satu lagi gelombang menurun yang kuat akan berlaku dan menggegarkan pasaran saham. Keadaan ini akan memberikan kesan pada minyak dan juga pasangan mata wang.

Peristiwa hari ini (GMT+3):

  • • 10:00 Switzerland: Imbangan Perdagangan (Dis).
  • • 14:00 UK: Tinjauan Perdagangan Beragihan CBI – Terealisasi (MoM) (Jan).
  • • 16:30 AS: Pesanan Barangan Tahan Lama (Dis).
  • • 17:00 AS: Indeks Harga Rumah S&P/Case-Shiller (YoY) (Nov).
Рис. 1

Situasi semasa:

Jangkaan hari semalam telah dipenuhi. Paras tinggi intrahari baru telah ditetapkan dan harga kemudiannya menurun ke 1.1010 semasa sesi AS. Darjah ke-135 memberikan sokongan dan dari situ, harga pulih kembali ke 1.1025 dan sekarang didagangkan pada 1.1019.

Pencapahan bulis berganda telah terbentuk pada tempoh masa ikut jam. Oleh sebab indikator AO telah kembali ke garisan sifar, kami tidak memberikan perhatian padanya. Syarat untuk lantunan semula yang ketara sudah ada, tetapi disebabkan oleh virus dan kebimbangan tentang penurunan selanjutnya pasangan ini, pedagang bull terlepas peluang tersebut.

Memandangkan virus baru ini mempunyai tempoh pengeraman selama dua minggu, peningkatan jangkitan baru sudah tentu bakal berlaku. Menurut data yang terkini, kematian daripada virus corona baru ini telah meningkat sebanyak 35% kepada 107 orang, bilangan yang dijangkiti meningkat sebanyak 55% menjadi jumlah keseluruhan 4,474 orang di seluruh dunia. Setakat ini, 63 orang telah pulih sepenuhnya.

Kami menjangkakan pembetulan menaik apabila kadar jangkitan baru semakin perlahan. Pada carta harian, paras yang ketara adalah pada 1.0990 dan 1.0910. Aset perlindungan menunggu pelarasan pada hari ini. Sebelum sesi Amerika, menurut ramalan, kita boleh mempertimbangkan pengukuhan di atas 1.1010. Semasa sesi petang, kita akan menunggu penurunan ke 1.0995. Kebarangkalian ramalan ini berhasil ialah 65%.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.