EURUSD: darjah ke-135 memberikan sokongan yang mantap

Pada hari Jumaat 24 Januari, euro menurun pada masa penutupan dagangan. Harga menjunam semasa sidang media Presiden ECB Christine Lagarde pada hari Khamis dan terus menurun pada hari Jumaat sehingga penanda 1.1020. Pedagang dan pelabur mengubah perhatian mereka kepada aset perlindungan (emas, yen, bon kerajaan AS), dengan berita yang kurang menyenangkan dari China berkenaan penyebaran coronavirus baru yang cepat berterusan menjejaskan pasaran. Sejak 20 Januari yang lalu, laporan rasmi telah menyatakan bahawa 2,794 orang telah dijangkiti dan 80 orang telah meninggal dunia.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 12:00 Jerman: IFO – Iklim Perniagaan (Jan), IFO – Taksiran Semasa (Jan), IFO – Jangkaan (Jan).
  • 12:30 UK: Kelulusan Gadai Janji BBA (Dis).
  • 18:00 AS: Jualan Rumah Baru (MoM) (Dis), Perubahan Jualan Rumah Baru (MoM) (Dis).
Рис. 1

Situasi semasa:

Jangkaan kami untuk hari Jumaat dipenuhi. Harga melonjak naik sebelum menurun, selepas itu paras rendah baru dicatatkan pada 1.1036 (paras rendah sebelum ini ditetapkan pada 23 Januari).

Pada hari ini, sokongan yang kuat ditemui pada darjah ke-135 (1.1014). Sasaran yang diramalkan adalah lebih rendah pada sekitar 1.1009, akibat langsung daripada aktiviti pagi ini yang menunjukkan pasaran dibuka dengan pelaburan yang lebih banyak kepada aset perlindungan.

Pada hari Sabtu, pihak berkuasa China telah mengisytiharkan meletusnya kecemasan kesihatan awam disebabkan coronavirus di 25 wilayah, rantau dan bandar pentadbiran khas, menguatkuasakan tindak balas kecemasan peringkat tertinggi. Menurut Ma Xiaowei, Menteri yang mengendalikan Jawatankuasa Kesihatan Negara PRC, pakar masih belum mengenal pasti sumber jangkitan.

Bursa China masih ditutup disebabkan oleh Sambutan Tahun Baru Cina. Sebarang berita berpengaruh yang diumumkan pada hari ini pasti akan melibatkan maklumat baru tentang virus misteri ini. Berita dari Jerman berkemungkinan untuk meningkatkan euro ke paras 1.1045. Memandangkan hari ini hari Isnin, kita seharusnya menumpukan pada aktiviti yang memberikan tindak balas kepada keputusan pada hari Jumaat, tetapi mesti diberikan perhatian bahawa aset berisiko menghadapi tekanan disebabkan oleh keadaan di China.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.