EURUSD: euro terus menghadapi tekanan selepas ucapan daripada Lagarde

Pada hari Khamis 23 Januari, euro menurun pada waktu penutupan dagangan. Pedagang bull kehilangan paras yang kukuh semasa ucapan pada mesyuarat ECB, termasuk ucapan daripada Presiden ECB Christine Lagarde. Pasangan EURUSD jatuh sebanyak 50 mata, ke paras 1.1036.

ECB mengekalkan kadar faedah utama dan program insentif mereka, manakala Lagarde memberikan ulasan bahawa dasar kewangan bank akan terus memberikan rangsangan untuk tempoh masa yang selanjutnya.

Peristiwa hari ini (GMT+3):

  • Dari pukul 11:15-12:30, indeks PMI dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan di Perancis, Jerman, Zon Eropah dan UK akan dikeluarkan.
  • 13:30 Zon Eropah: Ucapan daripada Lagarde, Presiden ECB.
  • 16:30 Kanada: Jualan Runcit (MoM) (Nov).
  • 17:45 AS: PMI Pembuatan Markit (Jan), PMI Perkhidmatan Markit (Jan).
  • 21:00 AS: Kiraan Pelantar Minyak AS Baker Hughes.
Рис. 1

Situasi semasa:

Penurunan harga berhenti pada darjah ke-112. Penurunan berlaku dengan ketara dan lantunan semula adalah lemah. Oleh itu, pada hari ini kita mungkin mempertimbangkan euro yang terus melemah berbanding dolar ke penanda 1.1014.

Kebanyakan pasangan persilangan euro didagangkan menurun, oleh itu penurunan mungkin ketara. Zon antara darjah ke-112 dan 135 ialah pembalikan, oleh itu kami berpendapat bahawa sebarang penurunan akan terhad pada 1.1014. Oleh sebab Pengayun Stokastik menunjukkan syarat terlebih jual, kami menunggu gelombang penurunan menjelang sesi Amerika. Tekanan yang selanjutnya pada aset berisiko berlaku disebabkan oleh berita terbaru dari China berkenaan virus misteri. Pelabur bimbang tentang penyebaran virus tersebut yang berlaku dengan pantas di seluruh dunia.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.