EURUSD: pasaran menunggu sidang media daripada Christine Lagarde

Pada hari Rabu 22 Januari, euro meningkat sebanyak 0.09% pada masa penutupan. Sikap yang positif terhadap mata wang utama menghasilkan kenaikan GBP, yang mengukuh secara keseluruhan disebabkan oleh data ekonomi yang positif dan berita berkenaan Brexit.

Dewan Pertuanan Parlimen UK telah meluluskan rang undang-undang Brexit, bermakna pada 31 Januari ini Great Britain akan keluar daripada Kesatuan Eropah – tindakan yang seterusnya hanyalah untuk perjanjian ini diratifikasikan oleh Parlimen EU.

Semasa sesi Amerika, euro menghadapi tekanan disebabkan oleh data daripada pasaran hartanah AS yang melebihi ramalan dan hasil sebelum ini. Jualan rumah mencatatkan bacaan paling tinggi dalam tempoh hampir dua tahun (5.4 juta, ramalan ialah 5.35 juta).

Peristiwa hari ini (GMT+3):

  • 15:45 Zon Eropah: Keputusan Kadar Faedah ECB.
  • 16:30 Zon Eropah: Pernyataan Dasar Kewangan dan Sidang Media ECB.
  • 16:30 AS: Tuntutan Pengangguran Awal (17 Jan).
  • 18:00 Zon Eropah: Keyakinan Pengguna (Jan).
  • 18:30 AS: Perubahan Stok Minyak Mentah EIA (17 Jan).
Рис. 1

Situasi semasa:

Jangkaan semalam telah dicapai. Tiada ramalan pada hari ini kerana terdapatnya mesyuarat ECB dan sidang media daripada Christine Lagarde yang dijadualkan pada hari ini. Pelabur masih belum memahami beliau, oleh itu sukar untuk mengambil kira suasana orang ramai apabila membuat ramalan.

Selain sidang media tersebut, kenyataan daripada Presiden Trump telah memberikan kesan yang negatif terhadap euro. Dalam temu bual bersama Fox News pada hari Rabu, beliau berkata jika AS dan EU tidak mencapai perjanjian berkenaan perdagangan, Washington akan mengenakan duti sebanyak 25% terhadap import kereta Eropah. Selain itu, terdapat ketidakpastian tentang politik di Itali. Ketua Pergerakan Lima Bintang yang membentuk sebahagian daripada kerajaan telah mengumumkan peletakan jawatan beliau.

Pada masa menulis artikel ini, euro bernilai 1.1091. Harga menghampiri garisan imbangan (Lb). Persilangan euro menunjukkan dinamik yang bercampur-campur. Jika pembeli boleh mendapatkan paras yang kukuh di atas 1.11, maka pergerakan ke paras 1.1122 akan terbuka untuk mereka. Dalam mana-mana keadaan, kami tidak menyarankan untuk anda memasuki pasaran dengan tiba-tiba sebelum sidang media daripada Lagarde.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.