EURUSD: pembetulan dijangka berlaku sebelum penghujung hari

Pada hari Isnin 2 Disember, euro meningkat menjelang penghujung hari dagangan. Sebelum pembukaan sesi Amerika, euro menurun ke paras 1.1003. Penarikan balik mencecah sebanyak 50% daripada kenaikan dari 1.0981 ke paras 1.1028. Pembelian yang aktif bermula dari 1.10 sebelum ucapan daripada Presiden ECB, Christine Lagarde. Semasa beliau berucap dan juga hasil daripada pengumuman data yang lemah dari Amerika Syarikat, pasangan mata wang ini meningkat dengan cepat ke paras 1.1089.

Indeks ISM untuk aktiviti perniagaan di AS pada bulan November berada di bawah paras yang diunjurkan, begitu juga indeks perbelanjaan pembinaan pada bulan Oktober. Penerbitan statistik ini memberikan kesan yang negatif pada dolar dan bursa saham.

Berita hari ini:

  • 10:30 Switzerland: Indeks Harga Pengguna (MoM) (Nov).
  • 12:30 UK: PMI Pembinaan Markit (Nov).
  • 13:00 Zon Eropah: Indeks Harga Pengeluar (MoM) (Okt).
  • 20:30 Zon Eropah: ucapan Cœuré daripada ECB.

 031219

Situasi semasa:

Jangkaan hari semalam telah dipenuhi. Harga mengalami pembetulan dan kenaikan bulis telah berlaku dan berhenti pada darjah ke-90.

Pasangan EURUSD mengukuh pada 1.1073, 23.6% lebih tinggi daripada pergerakan menaik dari 1.1003 ke 1.1089. Pembeli kini cuba menetapkan paras tinggi baru untuk menghasilkan struktur lima gelombang. Keadaan untuk kenaikan yang berterusan adalah ideal dan penurunan akan berbentuk kitaran, berlarutan sehingga penghujung hari. Oleh itu, berdasarkan ramalan, sehingga pukul 4.00 petang (GMT +3), kita boleh menjangkakan berlakunya pemulihan, kemudian penurunan ke 1.1049. Ramalan ini mengambil kira paras penarikan balik minimum yang sesuai dengan kitarannya. Jika penurunan berlaku pada kadar yang lebih cepat daripada garisan ramalan, penting untuk melihat lebih dekat pada paras 1.1036 yang terletak pada garisan trend. Di situlah letaknya darjah ke-45. Kenaikan boleh mencapai sehingga darjah ke-90. Pedagang bull telah membuka jalan untuk 1.1112. Ia akan berakhir apabila kadar menurun di bawah 1.1035.

Perlu diingat bahawa peristiwa yang penting pada minggu ini ialah mesyuarat Bank of Canada, penerbitan laporan pasaran pekerja AS, mesyuarat OPEC dan juga ketegangan yang berterusan antara AS dan China.

Setiausaha Perdagangan AS, Ross berkata Trump akan menaikkan duti perdagangan terhadap barangan China jika tiada perjanjian dicapai dengan China. Tidak mungkin euro akan terus menaik pada kadar yang sama seperti semalam.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.