EURUSD: pasaran mula bersedia untuk NFP

Pada hari Rabu 30 Oktober, dagangan pada euro ditutup menaik 0.36%. Ketaktentuan sangat tinggi semasa sesi AS. Pada mulanya meningkat susulan pengumuman data KDNK untuk Suku 3 iaitu pada 1.9% tahun ke tahun, lebih tinggi daripada jangkaan. Kemudian pasangan ini melonjak disebabkan oleh khabar angin bahawa AS-China akan ditangguhkan dan selepas itu Jerome Powell berucap.

Chile telah membatalkan sidang kemuncak APEC yang akan datang disebabkan oleh pergolakan dalaman. Acara ini telah dirancang untuk diadakan pada bulan November dengan para pemimpin dari AS dan China dijangka akan mengadakan dan memuktamadkan perjanjian perdagangan. Berita ini memberikan kesan pada aset berisiko.

Rizab Persekutuan menurunkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak 0.25% kepada 1.50 – 1.75%. Dolar AS bertindak balas dengan kenaikan yang sederhana kerana penurunan kadar ini sudah diambil kira oleh pasaran dengan 95% kepastian. Semasa ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, dolar kehilangan semua kenaikan. Beliau membayangkan bahawa tiada lagi tindakan selanjutnya buat seketika selepas penurunan kadar ketiga pada tahun 2019. Euro melonjak dari 1.1080 ke 1.1171 (+91 pip).

Berita hari ini (GMT+3):

  • 13:00 Zon Eropah: KDNK (Suku 3), IHP (Okt), kadar pengangguran (Sep).
  • 15:30 Kanada: KDNK (Ogos).
  • 15:30 AS: pendapatan peribadi (Sep), perbelanjaan peribadi (Sep), tuntutan pengangguran awal (25 Okt).
  • 16:45 AS: PMI Chicago (Okt).
  • 18:30 Switzerland: ucapan daripada Jordan, Pengerusi SNB.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pada masa menulis artikel ini, euro didagangkan pada 1.1158. AS telah meredakan kebimbangan pelabur dengan meyakinkan semua orang bahawa jadual waktu untuk memuktamadkan perjanjian dengan China masih sama. Berita tentang pembatalan sidang kemuncak tidak seharusnya mencetuskan tindakan pengembalian kepada aset safe haven. Namun begitu, kami menjangkakan hari ini akan berlaku pembetulan menurun pada euro.

Hari ini kami menjangkakan kenaikan ke darjah ke-90 pada 1.1178 disusuli dengan lantunan semula menurun. Terdapat sedikit perbezaan antara rangka masa 15 dan 60 minit, oleh itu penurunan akan berlaku selepas 1.1071 diuji.

Pasangan ini pulih sebanyak 90 pip semasa sesi AS. Ini pergerakan yang agak besar untuk euro, oleh itu tanpa sebarang dorongan tambahan, kenaikan ini tidak mungkin akan berterusan. Jangan lupa bahawa KDNK AS diumumkan lebih tinggi daripada jangkaan. Laporan NFP diumumkan pada hari Jumaat dan persediaan adalah penting. Pada pukul 13:00 (EET) hari ini, Zon Eropah akan mengeluarkan bacaan KDNK mereka. Data ini akan memberikan arah selanjutnya untuk pasangan ini.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.