EURUSD: pedagang bear menguji kekuatan garisan trend

Penurunan indeks dolar AS telah berakhir. Kaki lilin hari Isnin kekal dalam julat hari Jumaat. Indeks DXY masih ditutup menurun, tetapi tidak begitu banyak berbanding pada minggu lepas.

Kita mula melihat tanda-tanda pembetulan menaik yang akan berlaku. Oleh sebab dolar merosot kerana perkembangan geopolitik, faktor teknikal pada masa ini tidak memberikan pengaruh yang banyak. Hanya robot dagangan yang berpegang pada algoritmanya dan mengabaikan fundamental sepenuhnya. Jika isyarat jual terbentuk menentang trend, kedudukan pendek dibuka. Tetapi siapa yang tahu, mungkin sesetengah orang telah melumpuhkan Pakar Penasihat mereka sehingga situasi Brexit diselesaikan.

Semasa sesi AS, dolar mendapat dorongan daripada berita yang positif tentang perjanjian AS-China. Hasil bon US10Y meningkat sebanyak 2.7% kepada 1.8046. Euro menurun kepada 1.1139.

Penasihat ekonomi AS, Larry Kudlow berkata bahawa jika peringkat pertama rundingan dengan China berjalan dengan baik, tarif yang dirancangkan untuk bulan Disember mungkin dibatalkan. Presiden AS, Donald Trump telah berkata bahawa rundingan dengan China berjalan dengan baik, menambah bahawa beliau berharap untuk menandatangani perjanjian di Sidang Kemuncak APEC di Chile.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: peminjaman bersih sektor awam (Sep).
  • 13:00 UK: tinjauan trend industri CBI – pesanan (Okt).
  • 15:30 Kanada: jualan runcit (Ogos).
  • 17:00 AS: jualan rumah sedia ada (Sep), indeks pembuatan Rizab Persekutuan Richmond (Okt).
  • 17:30 Kanada: tinjauan prospek perniagaan Bank of Canada.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Jangkaan pembetulan telah dipenuhi. Pasangan ini mencapai semula paras tinggi hari Jumaat dan bertukar arah menurun. Ia terlepas sasaran yang diunjurkan dengan beberapa pip.

Euro didagangkan pada 1.1151. Kiwi, Aussie dan paun didagangkan menaik berbanding kebanyakan mata wang utama, oleh itu ramalan hari ini sama dengan semalam. Satu-satunya perbezaan ialah kami tidak menjangkakan paras tinggi baru pada hari ini. Sebelum menembusi garisan trend, terdapat kemungkinan akan berlaku lantunan yang akan membantu mengumpulkan momentum untuk penembusan. Pasangan ini boleh menjejak semula 76% daripada penurunan semalam.

Persilangan EURGBP berada dalam zon merah. Ini bermakna persilangan euro menghadapi tekanan. Kalendar hari ini tidak mengandungi sebarang peristiwa yang penting, namun masih berbaloi untuk memerhatikan data UK.

Satu lagi perbincangan akan diadakan berkenaan perjanjian Brexit di parlimen British pada hari ini, selepas itu undian akan dibuat. Mungkin terdapat perbincangan tentang pungutan suara kedua pada hari Rabu. Keadaan mungkin juga akan tidak stabil dengan perbincangan tentang pilihan raya kilat.

Kesimpulannya, dorongan bulis semakin berkurangan. Namun begitu, sebelum kita mendapat pembetulan menurun, penembusan menaik yang palsu boleh berlaku. Sekitar 1.1126 dan 1.1110 ialah kawasan yang baik untuk pembetulan.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.