EURUSD: jangkakan ujian pada 1.1110

Pada hari Rabu 16 Oktober, dagangan pada euro ditutup menaik. Euro melonjak susulan pengumuman data AS yang lemah. Jualan runcit di AS pada bulan September jauh lebih rendah daripada jangkaan. EURUSD meningkat ke 1.1084. Kenaikan ini juga dibantu oleh berita yang positif tentang Brexit. Laporan menyatakan bahawa UK dan EU hampir mencapai perjanjian.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: jualan runcit (Sep).
  • 15:30 Kanada: pesanan kilang (Ogos).
  • 15:30 AS: indeks pembuatan Rizab Persekutuan Philadelphia (Okt), permit bangunan (Sep), perumahan baru (Sep), tuntutan pengangguran awal (14 Okt).
  • 16:15 AS: pengeluaran industri (Sep).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Jangkaan semalam dipenuhi. Pasangan ini mencapai paras yang diramalkan pada 1.1070. Paras tinggi intrahari direkodkan pada 1.1088.

Pada masa menulis artikel ini, euro didagangkan pada 1.1077. Kami telah menyerlahkan "zon ketidakseimbangan" pada 1.1052 – 1.1068. Stokastik menurun, oleh itu pedagang bull berpeluang untuk menguji garisan atas saluran. Tambahan lagi, persilangan EURGBP pada masa ini memihak kepada pedagang bull kerana penurunan paun.

Pasangan GBPUSD menurun susulan laporan bahawa Parti Kesatuan Demokratik Irish Utara telah berkata bahawa beberapa bahagian penting bagi perjanjian Brexit yang dicadangkan adalah tidak dapat diterima, merosakkan keadaan ketika London dan Brussels cuba memuktamadkan perjanjian. Paun sudah bergerak cukup jauh untuk membolehkan pembetulan, oleh itu disebabkan oleh paun dan dolar AS yang lemah, euro berpeluang untuk menaik.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.