EURUSD: bull menguji rintangan pada 1.1035

Pada hari Selasa 15 Oktober, dagangan pada euro ditutup sedikit menaik. Pedagang bull berjaya mendapatkan semula kerugian yang ditanggung pada separuh sesi Eropah yang pertama. Pemulihan pasangan ini telah dicetuskan oleh berita tentang Brexit.

Irish Taoiseach Leo Varadkar berkata bahawa kemajuan telah dibuat dalam perbincangan Brexit sambil memuji pendekatan EU yang fleksibel. Pasaran sudah mula mengambil kira bahawa perjanjian akan dicapai pada minggu ini berdasarkan ulasan daripada ketua perunding EU, Michel Barnier. Paun meningkat merentasi papan bursa susulan perkembangan ini.

Selepas itu Barnier menjelaskan bahawa perbincangan tentang tercapainya perjanjian Brexit masih terlalu awal. Paun mengalami sedikit pembetulan manakala dagangan pada pasangan EURUSD mendatar pada sekitar 1.1033.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: IHP (Sep), indeks harga runcit (Sep), output PPI (Sep), input PPI (Sep).
  • 12:00 Zon Eropah: IHP (Sep), imbangan perdagangan (Ogos).
  • 15:30 Kanada: IHP (Sep).
  • 15:30 AS: jualan runcit (Sep).
  • 17:00 AS: inventori perniagaan (Ogos), indeks pasaran rumah NAHB (Okt).
  • 21:00 US: Beige Book Rizab Persekutuan.
  • 23:00 AS: aliran TIC jangka panjang bersih (Ogos).
  • 23:30 AS: stok minyak mentah mingguan API (11 Okt).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Jangkaan semalam telah dipenuhi. Pasangan ini menurun ke garisan trend. Di Asia, pedagang bull menembusi rintangan 1.1038 sebelum kehilangan momentum pada 1.1060. Pedang bull pada pasangan utama ini telah didorong oleh paun yang pada masa ini menentukan pergerakan pada semua mata wang utama. Terdapat satu perkara yang perlu dibimbangkan. Sikap optimis terhadap perjanjian yang dicapai antara AS dan China telah reda. Pada 15 Oktober, yuan menurun 0.2% berbanding dolar AS, menyusut selanjutnya sebanyak 0.30% pada 16 Oktober untuk mencapai 7.10. Tekanan semakin meningkat. Susulan penurunan yuan, emas dan yen telah meningkat.

Hari ini kami menjangkakan euro akan meningkat ke 1.1070. Dengan data ekonomi yang kukuh pada hari ini, pasangan ini boleh terus meningkat, tetapi dengan persilangan euro mengalami tekanan, kita boleh mendapat dorongan bearis. Jika pasangan ini merosot di bawah 1.1023 (jika kaki lilin ikut jam ditutup di bawah paras ini), keadaan ini akan mengubah ramalan kami.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.