EURUSD: pasangan ini didagangkan di titik imbangan

Semua mata wang utama meningkat berbanding dolar AS pada minggu lepas, kecuali safe haven. Kenaikan terbesar ialah paun (+2.54%), disusuli dengan dolar Kanada (+0.87%), euro(+0.54%), dolar Australia (+0.35%) dan akhir sekali dolar New Zealand (+0.33%). Yen merosot 1.42% dan franc Switzerland menurun 0.14%.

AS dan China telah mencapai persetujuan dalam perundingan. Presiden AS, Trump mengumumkan bahawa perjanjian separa telah dicapai yang akan ditandatangani dalam masa beberapa minggu akan datang. Perjanjian tersebut merangkumi isu seperti pembelian hasil pertanian, kadar pertukaran dan hak harta intelektual. Kenaikan yang dirancang untuk tarif import telah dibatalkan.

Pasaran sudah mengambil kira hasil yang positif untuk perbincangan tersebut, oleh itu kenaikan pada pasangan EURUSD terhad ke paras 1.1063.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:00 Zon Eropah: pengeluaran industri (Ogos).
  • 21:00 AS: penyata belanjawan bulanan (Sep).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Dagangan pada euro dibuka menurun di Eropah. Oleh sebab rundingan antara AS dan China telah berakhir, tiada lagi faktor untuk kenaikan. Tiga hari dagangan yang lalu menunjukkan trajektori yang sama. Tidak mungkin corak ini akan berulang lagi pada hari ini. Kami meramalkan pemulihan ke 1.1050 dan kami menjangkakan pedagang akan menunaikan kedudukan panjang mereka. Oleh itu, bagus jika pasangan ini menurun dari sempadan atas ke sempadan bawah saluran. Jika pasangan ini dapat kekal di atas 1.10 selama beberapa hari yang akan datang, kita boleh menjangkakan kemungkinan penembusan ke 1.11.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.