EURUSD: risiko meningkat untuk paras kembali ke 1.0990

Pada hari Khamis 10 Oktober, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menaik. Kadar meningkat ke 1.1034 semasa sesi Eropah. Permintaan daripada dolar menurun walaupun pelabur optimis bahawa perjanjian akan dicapai antara AS dan China. Pasaran menjangkakan perjanjian sementara akan dicapai.

Naib Perdana Menteri China, Lui He berkata pada hari Khamis bahawa China sudah bersedia untuk membuat perjanjian dengan AS tentang perkara yang penting bagi kedua-dua pihak untuk mencegah keadaan daripada semakin memburuk.

Semasa sesi AS, pasangan EURUSD menghadapi tekanan disebabkan oleh kejatuhan persilangan EURGBP. Pasangan ini mengalami pembetulan dari 1.1034 ke 1.1002. Sementara itu, paun melonjak 250 pip, menandakan kenaikan 2% selepas harapan diperbaharui berkaitan isu Brexit. Irish Taoiseach Varadkar berkata bahawa perjanjian Brexit mungkin dicapai menjelang akhir bulan Oktober yang membolehkan UK melalui proses pengeluaran daripada EU dengan teratur.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 15:30 Kanada: kadar pengangguran (Sep), perubahan bersih dalam pekerjaan (Sep).
  • 15:30 AS: indeks harga import (Sep).
  • 17:00 AS: indeks sentimen pengguna Michigan (Okt).
  • 20:00 AS: kiraan pelantar minyak AS Baker Hughes.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Hari ini menandakan berakhirnya perbincangan antara AS dan China. Oleh itu, data makroekonomi kurang penting. Semua orang kecuali pedagang yang menggunakan analisis menumpukan perhatian pada hasil daripada perbincangan ini. Tiada sesiapa yang tahu bagaimana penghujungnya, tetapi hari ini kita menjangkakan pedagang bull akan menunaikan kedudukan panjang mereka. Beli berdasarkan jangkaan, jual berdasarkan fakta.

Kami menjangkakan pasangan ini akan mencapai 1.1028 disusuli dengan penurunan ke 1.0988. Kami telah menyerlahkan zon yang tidak seimbang antara 1.0990 dan 1.1005 berdasarkan profil volum semalam. 1.1005 ialah VAL (Kawasan Nilai Rendah). Terdapat kemungkinan jika paras ini tidak dapat bertahan, pasangan ini akan menurun dengan cepat ke 1.0990.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.