EURUSD: pasaran gementar menjelang pengumuman NFP dan ucapan daripada Powell

Pada hari Khamis 3 Oktober, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menaik sebanyak 0.05%. Kaki lilin harian menunjukkan julat 58 pip.

Pada kebanyakan masa pasangan ini berada di sekitar 1.0957 sebelum melonjak semasa sesi AS. Kadar meningkat ke 1.0999 dan selepas itu pedagang bull menghapuskan semua kenaikan.

Indeks bukan pembuatan ISN dikeluarkan pada 52.6 mata (berbanding ramalan 55.0 dan bacaan sebelumnya 56.4). Ini ialah nilai yang terendah dalam tempoh tiga tahun. Hal ini mewajarkan lagi kebimbangan pelabur tentang keperlahanan ekonomi yang akan berlaku.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 15:30 AS: kadar pengangguran (Sep), gaji bukan perladangan (Sep), perolehan ikut jam purata (Sep), waktu mingguan purata (Sep), imbangan perdagangan (Ogos).
  • 15:30 Kanada: import (Ogos), eksport (Ogos).
  • 17:00 Kanada: PMI Ivey (Sep).
  • 20:00 AS: kiraan pelantar minyak AS Baker Hughes.
  • 21:00 AS: ucapan daripada Powell, Pengerusi Rizab Persekutuan.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pasaran semalam tidak menentu, tetapi kaki lilin berakhir dengan batang lilin bulis yang kecil. Pasaran menunggu laporan pekerjaan AS. Laporan NFP dijangka mencatatkan 140 ribu pekerjaan baru ditambah pada bulan September, berbanding 130 ribu pada bulan sebelumnya. Kami berpendapat pasaran sebenarnya menjangkakan bacaan yang lebih rendah daripada 140 ribu dan ini sudah diambil kira sebahagiannya.

Semua orang bimbang tentang reaksi terhadap laporan ini. Tiada siapa yang tahu apa yang hendak dijangkakan. Ini penunjuk yang sangat tidak dapat diramalkan dan hasil sebenar hampir sama sekali berbeza daripada unjuran sebanyak kira-kira 30 – 40 ribu. Namun begitu, ini hanyalah sisihan purata dan boleh berbeza sehingga 100 ribu dengan mudah. Tambahan lagi, kita juga akan mendapat bacaan semakan untuk 2 atau 3 bulan sebelumnya.

Pada masa ini EURUSD didagangkan sekitar garisan imbangan (1.0956). Memandangkan apabila berlaku kenaikan pada euro, pembetulan yang ketara akan menyusul, nampaknya tidak mungkin mata wang tunggal ini akan meningkat dengan ketara berbanding dolar AS. Darjah ke-112 bergerak melalui 1.1009. Reaksi terhadap ulasan Jerome Powell mungkin akan ketara. Semua orang ingin mengetahui tentang respons Rizab Persekutuan terhadap indeks bukan pembuatan ISM yang lemah.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.