EURUSD: pasaran sedang bersedia untuk laporan NFP

Pada hari Rabu 2 Oktober, dagangan pada euro ditutup menaik pada 1.0959. Kenaikan euro turut dibantu oleh data AS yang lemah. Laporan pengangguran ADP tidak mencapai jangkaan, begitu juga indeks pembuatan ISM untuk bulan September yang menurun daripada 49.1 kepada 47.8.

Penurunan indeks tersebut membimbangkan pelabur tentang ekonomi yang perlahan. Saham AS merosot susulan penurunan hasil bon AS. Hasil bon US10Y menurun sebanyak kepada 1.5824%.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:50 Perancis: PMI perkhidmatan Markit (Sep).
  • 10:55 Jerman: PMI perkhidmatan Markit (Sep).
  • 11:00 Zon Eropah: PMI perkhidmatan Markit (Sep).
  • 11:30 UK: PMI perkhidmatan Markit (Sep).
  • 12:00 Zon Eropah: PPI (Ogos), jualan runcit (Ogos).
  • 15:30 AS: tuntutan pengangguran awal (27 Sep).
  • 16:45 AS: PMI perkhidmatan Markit (Sep).
  • 17:00 AS: PMI bukan pembuatan ISM (Sep), pesanan kilang (Ogos).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pada hari Rabu, sama seperti pada hari Selasa, pasangan EURUSD bertukar arah menaik disebabkan oleh data AS. Jurang volum dari 30 September dan 1 Oktober telah dipenuhi. Untuk pedagang bull, perjalanan ke arah 1.10 kini terbuka. Pasangan ini telah keluar daripada saluran dan pedagang bull sekarang ini mendominasi tempoh masa ikut jam. Satu-satunya perkara yang boleh menghentikan mereka ialah laporan NFP pada hari Jumaat. Terdapat sokongan pada 1.0922. Jangan lupa juga bahawa terdapat banyak konflik lain yang sedang berlaku (Brexit, tarif AS terhadap barangan Eropah, pelonggaran dasar kewangan ECB dan dolar AS yang lemah secara meluas). Mana-mana perkara ini boleh menyebabkan pembalikan yang ketara.

Kami meramalkan pergerakan mendatar sebelum pengumuman laporan NFP. Oleh sebab PMI pembuatan tidak mencapai jangkaan, reaksi terhadap NFP akan kuat. Ini bermakna pasaran perlu bersedia untuk menghadapinya. Indeks bukan pembuatan ISM untuk bulan September akan dikeluarkan pada pukul 5.00 petang. Industri perkhidmatan mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap pasaran berbanding sektor pembuatan.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.