EURUSD: persediaan kaki lilin pembalikan pada tempoh masa harian

Pada hari Selasa 3 September, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menaik dengan ketara. Kaki lilin harian mempunyai batang bulis, dengan paras terendah 1.0926 dan ekor yang panjang. Pasangan ini bertukar arah selepas pengumuman data AS yang lemah dan ulasan daripada James Bullard, ahli FOMC.

PMI pembuatan AS mencatatkan bacaan di bawah penanda 50 mata, menandakan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan merupakan nilai terendah sejak bulan Januari 2016. Hal ini memberikan kesan pada semua bursa, manakala Bullard menyebabkan dolar mengalami pembetulan yang lebih mendalam.

Ketua Rizab Persekutuan St. Louis, James Bullard berkata bahawa kadar faedah terlalu tinggi untuk keadaan semasa kerana penurunan dalam hasil bon kerajaan dan pengaruh daripada konflik perdagangan AS-China. Beliau memihak kepada penurunan kadar penting dengan segera sebanyak 0.50%. Ulasan ini menyebabkan Brent oil meningkat 2.7% dan pasangan EURUSD meningkat 0.52%.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:50 Perancis: PMI perkhidmatan Markit (Ogos).
  • 10:55 Jerman: PMI perkhidmatan Markit (Ogos).
  • 11:00 Zon Eropah: PMI perkhidmatan Markit (Ogos).
  • 11:30 UK: PMI perkhidmatan Markit (Ogos).
  • 12:00 Zon Eropah: jualan runcit (Jul).
  • 15:30 AS: imbangan perdagangan (Jul).
  • 15:30 Kanada: perdagangan barangan antarabangsa (Jul).
  • 17:00 Kanada: keputusan kadar faedah dan penyata kadar BoC.
  • 21:00 AS: Beige Book Rizab Persekutuan.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pada hari Selasa, pedagang bull berupaya untuk mendapatkan semula semua kerugian daripada sesi pagi untuk menyediakan kaki lilin pembalikan pada tempoh masa harian. Kenaikan bertemu dengan rintangan pada darjah ke-45 (1.0983) yang kini sedang cuba ditembusi.

Pasangan ini melantun semula untuk mencapai garisan imbangan. Oleh sebab tiada dorongan menurun dari sini dan pasangan ini telah didagangkan mendatar selama 15 jam dalam julat yang sempit, kita menjangkakan pembetulan akan berterusan ke darjah ke-67.

Washington dan Beijing masih belum bersetuju tentang syarat-syarat bagi rundingan yang ingin diteruskan. Oleh itu, sebarang berita negatif tentang perkara ini akan menghalang pedagang bull daripada memasuki pasaran.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.