EURUSD: paun menyebabkan mata wang utama menurun

Pada hari Isnin 2 September, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup sedikit menurun sebanyak 0.19%. Euro berupaya untuk melantun dari 1.0958 disebabkan oleh kenaikan pada persilangan EURGBP. Pedagang bull kehabisan dorongan semasa sesi Asia hari ini. Paun sekali lagi menyebabkan mata wang utama yang lain menurun. GBP paling menurun berbanding dolar pada 0.61%, menurun ke 1.1971.

Pasangan GBPUSD menurun 100 pip untuk mencecah 1.2060 kerana tekanan daripada data British yang lemah dan juga risiko yang meningkat untuk pilihan raya kilat diadakan di UK.

Pasaran mata wang digegarkan dengan khabar angin yang menyatakan bahawa sekiranya parlimen British meluluskan perundangan untuk menyekat Brexit tanpa perjanjian, Perdana Menteri Johnson akan mengumumkan pilihan raya kilat dengan segera pada bulan Oktober.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: PMI pembinaan Markit (Ogos).
  • 12:00 Zon Eropah: PPI (Jul).
  • 16:45 AS: PMI pembuatan Markit (Ogos).
  • 17:00 AS: PMI bukan pembuatan ISM (Ogos), perbelanjaan pembinaan (Jul).
  • 23:30 AS: stok minyak mentah mingguan API (30 Ogos).

Situasi semasa:

Bursa saham AS ditutup semalam kerana Hari Pekerja. Semasa sesi Asia hari ini, pasangan EURUSD telah menurun ke 1.0931 disebabkan oleh paun. Memandangkan penembusan sokongan telah berlaku pada tempoh masa mingguan dan terdapat jangkaan tentang pakej rangsangan daripada ECB, pembeli jangka pendek tidak mungkin akan memasuki kedudukan panjang pada masa ini.

Perhatian pada hari ini akan tertumpu pada indeks bukan pembuatan ISM di AS dan juga berita dari UK tentang kemungkinan pilihan raya dan rundingan perdagangan antara AS dan China. Selepas laporan ADP pada hari esok, perhatian akan beralih kepada gaji pada hari Jumaat.

Penunjuk pada tempoh masa harian dan mingguan menunjukkan trend penurunan akan berterusan. Terdapat pencapahan pada penunjuk AO pada tempoh masa ikut jam. Syarat untuk pembetulan sudah matang, tetapi tiada corak yang menunjukkan bahawa dorongan meningkat ke garisan LB (pada 1.0988) akan dicetuskan. Tidak jelas tentang tempoh masa persilangan akan memihak kepada pedagang bull. Sekiranya dolar mula mengalami pembetulan, euro akan lebih mendapat manfaatnya berbanding paun. Hal ini akan memberi kita sasaran 1.0983 pada EURUSD. Sekiranya dolar tetap kukuh pada hari ini, kita perlu memerhatikan pasangan EURGBP kerana dengan dolar yang kukuh dan penurunan persilangan tersebut, euro akan menyusut ke 1.0900.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.