EURUSD: pemulihan ke LB mungkin berlaku

Pada minggu lepas, semua mata wang utama menurun berbanding dolar AS. Paling rugi ialah franc Swiss (-1.51%), disusuli dengan euro (-1.35%), dolar Kiwi (-1.33%), paun (-1.00%), yen (-0.84%), dolar Aussie (-0.25%) dan dolar Kanada (-0.19%).

Pada hari Jumaat 30 Ogos, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menurun sebanyak 0.62%. Tekanan terhadap euro berpunca daripada jangkaan tentang pelonggaran dasar kewangan daripada EU, serta data Jerman yang lemah, ketidakpastian tentang Itali dan Brexit, dan hujung minggu yang panjang di AS. Sebelum Hari Pekerja AS, aktiviti pasaran rendah dan menyebabkan penurunan pasangan EURUSD semakin hebat.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:30 Switzerland: SVME – PMI (Ogos).
  • 10:50 Perancis: PMI pembuatan Markit (Ogos).
  • 10:55 Jerman: PMI pembuatan Markit (Ogos).
  • 11:00 Zon Eropah: PMI pembuatan Markit (Ogos).
  • 11:30 UK: PMI pembuatan Markit (Ogos).
  • 24 jam AS: Hari Pekerja.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Sebelum dagangan ditutup pada minggu lepas, euro berupaya pulih ke 1.0997. Pergerakan ini disusuli dengan kenaikan pada dolar dan penurunan pada yuan. Mungkin inilah perkara yang mendorong pedagang bear untuk membuat tindakan. Dagangan pada pasangan USDCNY dibuka hari ini dengan jurang yang meningkat. AS dan China kedua-duanya telah meningkatkan tarif menentang satu sama lain. Trump membuat keputusan untuk menukar keputusan beliau walaupun perbincangan dirancang pada bulan ini.

Secara keseluruhan, dagangan di Asia agak tenang. Oleh sebab euro mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat, ramalan hari ini ialah pergerakan yang meningkat berbanding pergerakan hari Jumaat. Pada waktu semasa, garisan LB melalui 1.1034. Ramalan pertumbuhan yang diunjurkan pada carta membolehkan berlakunya pembetulan dan menunjukkan pemulihan yang agak perlahan kerana pedagang AS tidak berdagang pada hari ini.

Paras rendah tidak menunjukkan sebarang tanda pembalikan, oleh itu apabila pasangan ini bertemu LB, kita boleh menjangkakan penurunan yang dibaharui. Perbezaan antara bon 5 tahun dan 2 dan 3 tahun berwarna merah. Bon 10 tahun juga lebih rendah daripada bon 2 tahun, menandakan kemelesetan yang akan berlaku dalam ekonomi AS.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.