EURUSD: risiko penurunan ke 1.10

Pada hari Khamis 29 Ogos, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menurun. Pasangan ini meningkat ke 1.1093 semasa sesi AS selepas ulasan daripada ahli Majlis Pentadbir ECB Klaas Knot yang berkata bahawa pada masa ini ECB tidak memerlukan program QE yang dibaharui (mengikut laporan daripada Bloomberg).

Data AS menyebabkan euro menurun ke paras rendah intrahari yang baru. Data KDNK AS menunjukkan kenaikan sebanyak 2%, selaras dengan jangkaan. Laporan inflasi Jerman mencatatkan bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan untuk bulan Ogos dan menyebabkan tekanan pada euro berterusan.

Pasaran didorong oleh laporan bahawa AS dan China sedang membincangkan kemungkinan untuk rundingan perdagangan diteruskan pada bulan September. Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng memberitahu wartawan bahawa China akan menangguhkan tindakan untuk memperkenalkan sebarang tindakan balas terhadap tarif yang baru dikenakan dari AS kerana mereka ingin menetapkan syarat yang perlu untuk kedua-dua pihak meneruskan rundingan.

Hal ini menambah minat terhadap risiko dalam kalangan peserta pasaran, manakala aset safe haven seperti yen, franc dan emas menurun.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: pinjaman bersih kepada individu (Jul), penawaran wang M4 (Jul), kelulusan gadai janji (Jul).
  • 12:00 Zon Eropah: IHP (Ogos), kadar pengangguran (Jul).
  • 15:30 Kanada: KDNK (Jun), harga produk perindustrian (Jul).
  • 15:30 AS: perbelanjaan peribadi (Jul), pendapatan peribadi (Jul), perbelanjaan penggunaan peribadi – indeks harga (Jul).
  • 16:45 AS: PMI Chicago (Ogos).
  • 17:00 AS: Indeks Sentimen Pengguna Michigan (Ogos).
  • 23:00 AS: kiraan pelantar minyak AS Baker Hughes.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Jangkaan semalam dipenuhi; penurunan ke sokongan 1.1065 disusuli dengan lantunan semula. Hal ini turut dibantu oleh Klaas Knot. Penurunan di bawah sokongan tidak diramalkan. Dagangan harian ditutup di bawah 1.1065.

Pasangan ini telah mencapai paras rendah yang baru semasa sesi Asia hari ini. Walaupun ketegangan dalam konflik perdagangan AS-China kini reda, mata wang utama didagangkan menurun berbanding dolar. Safe haven telah bergerak ke dalam kawasan positif (emas, yen). Pasaran mungkin rasa gementar kerana kaki lilin bulanan akan ditutup, keadaan yang dijangka akan menyebabkan ketaktentuan yang tinggi. Bersedialah untuk turun naik yang mendadak sebelum hujung minggu. Untuk pedagang bull mengumpulkan kekuatan, mereka perlu menaikkan semula kadar ke 1.1065. Gambaran teknikal tidak kelihatan baik untuk mereka pada masa ini. Jangan terkejut sekiranya pasangan ini menurun sejauh 1.10.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.