EURUSD: aset safe haven dibuka menaik semasa sesi Asia

Sebelumnya:

Pada minggu lepas, dagangan bercampur-campur bagi mata wang utama berbanding dolar AS. Mata wang yang rugi ialah dolar Kiwi (-0.48%), dolar Aussie (-0.38%) dan dolar Kanada (-0.15%). Kenaikan terbesar dicapai oleh paun (+1.16%), disusuli dengan yen (+0.94%), euro (+0.49%) dan franc Swiss (+0.35%).

Pada hari Jumaat 23 Ogos, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menaik 0.53%. Turun naik harga pada hari Jumaat ialah perkara biasa apabila dagangan pada pasangan ini terus berada di bawah garis U2.

Terdapat peningkatan ketaktentuan semasa sesi AS apabila Jerome Powell berucap di simposium Jackson Hole. Namun begitu, tidak jelas sama ada dolar menurun susulan daripada ulasan beliau atau sama ada kerana China. Mungkin penurunan itu ialah tindak balas kepada keputusan China untuk menaikkan tarif kepada sehingga USD 75 bilion import AS (daripada 5% kepada 10%). Tarif ini akan dikuatkuasakan pada 1 September dan akan berterusan sehingga 15 Disember.

Sementara itu di Jackson Hole, Powell mengatakan bahawa langkah-langkah Rizab Persekutuan adalah bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang pada masa ini menghadapi risiko yang serius. Beliau juga menyatakan bahawa penunjuk ekonomi berada pada tahap yang hampir dengan tahap sasaran pengawal selia itu. Trump sekali lagi menuduh Rizab Persekutuan tidak membuat tindakan dan melabelkan pengawal selia itu sebagai musuh kepada ekonomi AS.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:00 Jerman: IFO – penilaian semasa (Ogos), IFO – jangkaan (Ogos).
  • 15:30 AS: pesanan barangan tahan lama (Jul), indeks aktiviti negara Rizab Persekutuan (Jul).

Situasi semasa:

Pada hari Isnin 26 Ogos, dagangan pada pasangan aset safe haven dibuka menaik. Yuan telah mencapai paras rendah baru berbanding dolar AS. Pada hari Sabtu 24 Ogos, Trump mengumumkan peningkatan tarif sebanyak 5% terhadap barangan China yang ditetapkan untuk dikuatkuasakan pada 1 Oktober.

Pada masa menulis artikel ini, euro didagangkan pada 1.1133. Konflik perdagangan antara AS dan China sudah memuncak, oleh itu mata wang bagi negara-negara membangun berhadapan dengan tekanan. Euro sedikit melonjak sejak dagangan dibuka apabila pasaran mengambil kira berita pada hujung minggu dan pembetulan berlaku pada safe haven. Sekiranya pasangan ini bertahan di atas 1.1120 dan dengan harga penutup sekitar 1.1160, kita boleh menjangkakan pasangan ini akan terus meningkat ke sekitar 1.1210.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.