EURUSD: gambaran bercampur-campur

Sebelumnya:

Pada hari Khamis 18 Julai, dagangan pada euro ditutup menaik dengan ketara untuk mendapatkan semula sepenuhnya kerugian yang dialami pada awal minggu ini. Penanda 1.1280 telah dicapai sekali lagi, mencecah semula aras tinggi yang ditetapkan pada hari Isnin. Semasa sesi Asia, pasangan ini mencapai 1.1241, manakala euro merosot ke 1.1205 semasa dagangan di Eropah. Ini disebabkan oleh data jualan runcit yang sangat kukuh dari UK. Pertumbuhan pada sektor runcit meningkat mengikut faktor sebanyak 1.5 – 3, untuk tempoh bulanan dan tahunan.

Penurunan euro turut dibantu oleh tinjauan syarat kredit Bank of England. Namun begitu, perlu diingat bahawa ketegangan di UK berkenaan perubahan dalam kerajaan dan Brexit masih sangat berpengaruh. Semasa sesi AS, mata wang tunggal ini mula pulih. Data pekerjaan dan tinjauan pembuatan Rizab Persekutuan Philadelphia melemahkan dolar, membolehkan euro meningkat, manakala ahli FOMC Rafael Bostic dan John Williams kemudiannya menambah tekanan penurunan terhadap dolar.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: peminjaman bersih sektor awam (Jun).
  • 15:30 Kanada: jualan runcit (Mei).
  • 18:05 AS: ucapan Bullard daripada Rizab Persekutuan.
  • 23:30 AS: ucapan Rosengren daripada Rizab Persekutuan.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Julat pada hari semalam yang masih lagi menjadi julat dagangan bagi pasangan EURUSD pada hari ini besar kemungkinan akan berkekalan. Namun begitu, situasi semasa adalah tidak pasti. Kita tidak boleh menolak penembusan bagi sempadan atas (1.1287) mahupun sempadan bawah (1.1194) bagi julat ini. Penembusan ke mana-mana arah akan menetapkan suasana untuk jangka masa terdekat.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.