EURUSD: pembetulan menurun masih berterusan

Sebelumnya:

Pada hari Khamis 11 Julai, dagangan pada euro ditutup sedikit menaik. Pasangan EURUSD meningkat ke aras 1.1280 semasa sesi Asia. Dagangan pada dolar bercampur-campur berbanding mata wang utama. Ia mendapat semula kerugiannya semasa sesi AS apabila terdapat kenaikan dalam inflasi pengguna.

Laporan IHP melebihi jangkaan untuk mencatatkan kenaikan yang terbesar sejak awal tahun lepas. Hal ini menyebabkan kenaikan dalam hasil bon 10 tahun AS, manakala euro menurun berbanding dolar ke aras 1.1245.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 12:00 Zon Eropah: pengeluaran industri (Mei).
  • 15:30 AS: PPI (Jun).
  • 20:00 AS: kiraan pelantar minyak AS Baker Hughes.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pasangan ini telah mengalami pembetulan seperti yang dijangkakan, menurun selepas membentuk aras tinggi ketiga. Ini ialah model harga yang biasa bagi mata wang kripto. Penurunan berakhir pada sempadan atas saluran, menurun ke darjah ke-45.

Mata wang utama didagangkan menaik berbanding dolar semasa sesi Asia hari ini. Walaupun menaik, saya menjangkakan euro akan menurun ke garisan trend berbanding dolar. Jika harga mengalami pembetulan ke LB melalui pergerakan tiga gelombang, kita boleh menjangkakan kenaikan melebihi 1.13. Sebaliknya, pembetulan menurun belum berakhir.

Memandangkan pasangan ini telah meningkat di Asia tanpa sebarang volum dagangan, di samping pengayun stokastik kelihatan menurun, lebih munasabah untuk menjangkakan penurunan dalam masa beberapa jam yang akan datang, bukannya kenaikan. Sasaran kita ialah pada 1.1233. Di sinilah darjah ke-45 bersilang dengan garisan trend, oleh itu saya tidak melihat pasangan ini akan menurun lebih rendah.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.