EURUSD: euro dan paun lemah

Sebelumnya:

Pada hari Selasa 9 Julai, dagangan pada euro ditutup sedikit menurun. Semua mata wang utama didagangkan menurun berbanding dolar AS yang meningkat dengan ketara susulan laporan pekerjaan yang positif di AS pada 5 Julai lalu.

Pertumbuhan pada euro menyelamatkan persilangan EURGBP daripada menurun. Di sini pedagang bull membeli euro walaupun ketaktentuan tentang Brexit masih berterusan dan terdapat jangkaan bahawa boleh berlaku penurunan dalam KDNK British untuk Suku Kedua.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: KDNK (Mei), pengeluaran industri (Mei), pengeluaran pembuatan (Mei), imbangan perdagangan (Mei).
  • 17:00 Kanada: keputusan kadar faedah dan pernyataan kadar BoC.
  • 17:00 AS: inventori borong (Mei), ucapan daripada Powell, Pengerusi Rizab Persekutuan.
  • 17:15 Kanada: sidang media BoC.
  • 17:30 AS: perubahan stok minyak mentah EIA (5 Jul).
  • 21:00 AS: minit mesyuarat FOMC.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Separuh bahagian pertama ramalan saya berlaku seperti yang dirancang. Separuh yang kedua tidak begitu lancar kerana pedagang bull semakin meninggalkan persilangan euro. Pada masa menulis artikel ini, euro didagangkan pada 1.1217. Pasangan ini didagangkan di sekitar garisan imbangan LB.

Saya menjangkakan pedagang bear akan meneruskan serangan apabila kenaikan pada persilangan euro semakin berkurangan. Berdasarkan pada saluran dan tiga aras rendah yang ditunjukkan pada carta, sasaran saya untuk hari ini ialah pada 1.1180, dengan sasaran semalam pada 1.1175 juga masih aktif.

Pedagang akan memberikan tumpuan pada ucapan Jerome Powell, Pengerusi Rizab Persekutuan. Pada hari ini beliau akan memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Rakyat dan pada hari Khamis kepada Jawatankuasa Perbankan Senat. Pedagang akan cuba mencari bayangan tentang jumlah penurunan kadar yang dijangkakan pada akhir bulan Julai: 25 atau 50 mata asas.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar