EURUSD: pasangan ini stabil sekitar darjah ke-45

Sebelumnya:

Pada hari Selasa 25 Jun, dagangan pada euro ditutup menurun. Pertumbuhan awal yang kekurangan volum menyebabkan penurunan sebanyak 68 pip. Euro juga ditolak dalam arah ini disebabkan oleh kenaikan semula dolar semasa sesi AS yang didorong oleh ulasan yang dibuat oleh ahli FOMC, James Bullard. Beliau berkata bahawa sekarang ialah masa yang baik untuk menurunkan kadar sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi bersuara menentang penurunan 50 mata asas, mengisyaratkan bahawa penurunan satu kadar akan mencukupi.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell kekal mengatakan bahawa prospek FOMC masih positif walaupun ketidakpastian meningkat. Ramai pihak dalam FOMC melihat sebab yang baik untuk rangsangan yang lebih kuat, tetapi juga tidak mahu bertindak balas secara berlebihan kepada pengumuman data individu. Powel mengakui bahawa pengangguran adalah rendah, ekonomi semakin berkembang dan inflasi menghampiri tahap sasaran.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:00 Switzerland: tinjauan ZEW – jangkaan (Jun).
  • 11:30 UK: kelulusan gadai janji BBA (Mei).
  • 15:30 AS: pesanan barangan tahan lama (Mei), imbangan perdagangan barangan (Mei).
  • 17:30 AS: perubahan stok minyak mentah EIA (21 Jun).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Euro menurun ke darjah ke-45 seperti yang dijangkakan. Selepas pembetulan ke 1.1344, pasangan ini stabil di sekitar penanda 1.1353. Mengambil kira model penentuan harga dan status penunjuk ikut jam, saya membuat kesimpulan bahawa kita seharusnya menjangkakan pasangan ini akan mengukuh dalam julat 1.1344 hingga 1.1380 pada hari ini. Jika hari ini kadar ditutup di bawah garisan imbangan, kita boleh menjangkakan kadar menurun ke 1.1331. Saya tidak melihat kadar akan menurun lebih rendah daripada 1.1300.

Namun begitu, kita tidak dapat memastikannya, kerana beberapa ulasan negatif tentang China daripada Donald Trump boleh mencukupi untuk menurunkan sebahagian daripada aset pengambil risiko. Pemulihan ke 1.14 akan bersifat positif untuk pedagang bull. Tiada berita penting untuk euro yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.