EURUSD: euro berterusan menghadapi tekanan

Sebelumnya:

Pada hari Selasa 18 Jun, dagangan pada euro ditutup menurun. Mata wang tunggal ini menurun secara menyeluruh susulan ucapan daripada Mario Draghi, Presiden ECB. Beliau memberikan isyarat bahawa penurunan kadar utama masih menjadi pilihan untuk bank pusat. Jika pertumbuhan ekonomi perlahan, pengawal selia tersebut akan melonggarkan dasar kewangan dengan segera.

Penurunan pasangan ini berakhir pada 1.1181. Kemudian pulih ke 1.1213 dan didagangkan pada 1.1193 pada sebut harga terkini. Lantunan ini berlaku disebabkan oleh tweet daripada Trump yang menyatakan bahawa perbincangan perdagangan lanjutan ditetapkan akan disambung semula dengan China pada sidang kemuncak G20 di Jepun pada minggu depan. Tweet tersebut merangsang saham dan selera pasaran terhadap risiko.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: IHP (Mei), indeks harga runcit (Mei), PPI – input (Mei), PPI – (output).
  • 15:30 Kanada: IHP (Mei).
  • 16:00 Switzerland: buletin suku tahunan SNB (Q2).
  • 17:00 Zon Eropah: ucapan daripada Draghi, Presiden ECB.
  • 17:30 AS: perubahan stok minyak mentah EIA (14 Jun).
  • 21:00 AS: keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan, pernyataan dasar kewangan Rizab Persekutuan, unjuran ekonomi FOMC.
  • 21:30 AS: sidang media FOMC.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Jangkaan penurunan pada euro dipenuhi disebabkan oleh Mario Draghi. Kita hanya perlukan beberapa minit untuk mencapai sasaran yang diramalkan. Pengaruh Draghi yang besar terhadap pasaran sememangnya mengejutkan. Tahap pengaruh yang sebegini biasanya hanya dilihat semasa sidang kemuncak selepas mesyuarat ECB.

Saya membuat keputusan untuk tidak membuat ramalan pada hari ini memandangkan semua perhatian tertumpu pada mesyuarat Rizab Persekutuan AS dan sidang media selepas itu bersama Jerome Powell. Pasangan ini telah mengukuh di sekitar sokongan 1.1180 selama 22 jam yang lalu. Kebanyakan persilangan euro didagangkan menaik, oleh itu EURUSD seharusnya kekal di sekitar 1.1195 selama beberapa jam yang seterusnya. Jika kita mempertimbangkan ucapan Draghi pada hari semalam, laluan ke arah 1.1165 terbuka untuk pedagang bear. Pasaran menunggu unjuran ekonomi yang dikemas kini untuk ekonomi AS dan sidang media Jerome Powell.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar