Pasangan EURUSD mengukuh di sekitar di garisan trend

Sebelumnya:

Pada hari Khamis 13 Jun, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menurun. Kadar menurun selepas penembusan sokongan 1.1285 (garisan trend, sempadan bawah saluran dan darjah ke-45 pada 1.1291). Tekanan terhadap euro meningkat selepas kenyataan daripada IMF yang melabelkan ramalan ekonomi pusat Zon Eropah sebagai tidak tentu.

Pasaran pada masa ini di bawah pengaruh beberapa faktor: kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, pertikaian perdagangan antara AS dan China, ketidakpastian tentang Brexit dan sekatan terhadap Iran dan Venezuela.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 15:30 AS: jualan runcit (Mei).
  • 15:55 UK: ucapan daripada Carney, Gabenor BoE.
  • 16:15 AS: pengeluaran industri (Mei).
  • 17:00 AS: indeks sentimen pengguna Michigan (Jun), inventori perniagaan (Apr).
  • 20:00 AS: Kiraan pelantar minyak AS Baker Hughes.
EURUSD H1

Situasi semasa

Kebanyakan mata wang utama didagangkan menurun di Asia. Pada ketika ini, kita mendapat gambaran yang bertentangan bagi euro dari segi analisis teknikal. Di carta, saya telah menunjukkan satu senario dengan minimum dibaharui dan lantunan semula ke garisan imbangan pada 1.1290/95. Satu lagi senario yang berpotensi ialah pembentukan segi tiga menurun dan gelombang menurun yang berakhir di 1.1251. Saya memilih yang pertama kerana stokastik berada di zon beli dan selepas pencapahan bulis, terdapat peluang yang baik untuk pasangan ini kembali ke sekitar 1.13.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar