EURUSD: mengukuh di sekitar di garisan trend

Sebelumnya:

Pada hari Rabu 12 Jun, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menurun. Saya menjangkakan pasangan ini akan menurun disebabkan oleh paun British. Pasangan ini menurun ke 1.1283 selepas Dewan Rakyat mengundi menentang cadangan pihak pembangkang untuk menyekat Brexit tanpa perjanjian.

Kenaikan dolar terhalang disebabkan oleh pertikaian perdagangan antara AS dan China, serta jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan merancang untuk menurunkan kadar faedah. Masih belum diketahui sama ada presiden China akan menghadiri sidang kemuncak G20. Presiden AS, Donald Trump telah mengambil pendirian yang keras terhadap China, mengancam untuk mengenakan tarif kepada China yang berjumlah USD 325 bilion jika beliau tidak dapat bertemu dengan Xi Jinping.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:30 Switzerland: keputusan kadar faedah SNB.
  • 11:00 Switzerland: sidang media SNB.
  • 12:00 Zon Eropah: pengeluaran industri (Apr).
  • 15:30 Kanada: indeks harga rumah baru (Apr).
  • 15:30 AS: indeks harga import (Mei), tuntutan pengangguran awal (7 Jun).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Aras rendah sesi direkodkan pada 1.1288. Pada masa menulis artikel ini, pasangan EURUSD didagangkan pada 1.1298. Garisan bawah saluran mendatar dan garisan trend bersilang pada 1.1284. Darjah ke-45 berada pada 1.1291. Sokongan adalah kuat, oleh itu saya menjangkakan pasangan ini akan pulih ke aras 1.1333/35. Saya tidak melihat pasangan ini akan bergerak lebih tinggi daripada 1.1340, tetapi disebabkan oleh ketidakpastian yang berterusan berkenaan perdagangan antara AS dan China. Trump menjangkakan akan berhasil membuat perjanjian.

Jika kita berjaya mencapai darjah ke-45 dengan cepat, kita boleh menjangkakan aras henti pada 1.1348 akan dicetuskan. Oleh sebab julat yang diberikan ialah melintang, pertumbuhan selepas penembusan akan terjejas. Kita akan melihat pasaran memulakan trend dalam sesi AS. Stokastik akan memasuki zon beli sebelum dagangan dijalankan di Amerika.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar