EURUSD: jangkakan ujian pada 1.1300 dengan lantunan selanjutnya ke 1.1350

Sebelumnya:

Pada hari Isnin 10 Jun, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup sedikit menurun. Pasaran tenang, dengan pasangan ini didagangkan di sekitar garisan imbangan LB selepas AS dan Mexico mencapai perjanjian berkenaan dasar sempadan. Jika perjanjian ini tidak dipatuhi, tarif akan dinaikkan. Dalam keadaan tersebut, pelabur akan kembali semula ke aset yang lebih selamat. Buat masa ini, semuanya tenang dalam pasaran Forex.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 Zon Eropah: keyakinan pelabur Sentix (Jun).
  • 11:30 UK: perubahan bilangan pihak menuntut (Mei), kadar pengangguran ILO (Apr), perolehan purata (Apr).
  • 15:00 AS: PPI (Mei).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pada masa menulis artikel ini, euro didagangkan pada 1.1315. Saya menjangkakan kita akan melihat ujian pada 1.1300 hari ini, disusuli dengan lantunan semula dari 1.1350.. Saya tidak melihat pasangan ini akan bergerak lebih tinggi daripada itu kerana ketidakpastian yang berterusan berkenaan perbincangan antara AS dan China. Pada hari Isnin, Presiden AS Donald Trump mengancam tarif tambahan bernilai USD 300 bilion terhadap China jika Presiden Xi Jinping tidak hadir ke sidang kemuncak G20 pada 28 dan 29 Jun.

Walaupun spekulator sudah biasa dengan retorik Trump yang agresif, mereka tidak tergesa-gesa untuk membuka sebarang kedudukan pada aset yang lebih berisiko. Tiada berita yang penting untuk euro pada hari ini. Jika terdapat apa-apa peristiwa yang berlaku pada hari ini untuk pasangan utama, ia akan berlaku melalui persilangan EURGBP sebagai respons kepada perkembangan Brexit.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar