EURUSD: pedagang bear telah menembusi sokongan utama

Matthew Anthony

Penganalisis Alpari

Sebelumnya:

Pada hari Rabu 24 April, dagangan pada euro ditutup menurun. Semasa sesi AS, pedagang bear telah menembusi sokongan penting pada 1.1170. Pembeli telah mencuba untuk pulih, tetapi banyak aras henti telah diaktifkan di bawah aras ini dan dolar yang lebih kukuh secara meluas menyebabkan euro semakin menurun ke aras 1.1141.

Dolar AS menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam keadaan penghindaran risiko dalam pasaran susulan data yang lemah dari Australia dan Jerman. Semua komponen laporan IFO Jerman untuk bulan April mencatatkan bacaan yang lebih rendah berbanding bulan Mac.

Dolar juga didorong oleh penurunan dolar Kanada. Loonie menurun selepas BoC membuat keputusan untuk tidak mengubah kadar faedah pada 1.75%, di samping menurunkan prospek ekonomi mereka. Pengawal selia tersebut menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi pada separuh tahun pertama 2019 akan lebih rendah daripada jangkaan, tetapi akan meningkat pada separuh tahun kedua.

Semasa sidang media, Gabenor BoC Steven Poloz mengatakan bahawa jika ramalan ini adalah tepat, bank lebih berkemungkinan untuk meningkatkan kadar faedah pada masa depan, bukan menurunkannya. Kenyataan ini meredakan pasaran kerana mereka tahu bahawa mereka hanya perlu memerhatikan penunjuk ekonomi.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 13:00 UK: tinjauan trend industri CBI – pesanan (Apr).
  • 15:30 AS: pesanan barangan tahan lama (Mac), tuntutan pengangguran awal (19 Apr).
EURUSD W1

Situasi semasa:

Saya tidak menjangka penembusan aras 1.1170 akan berlaku, kerana Fibonacci 61.8% bagi pergerakan dari 1.0340 hingga 1.2525 ialah pada 1.1187. Saya menjangkakan euro akan berada pada 1.23 menjelang bulan Jun. Kebarangkalian perkara ini berlaku pada masa itu kini kira-kira 10%.

Ekonomi global yang perlahan, peperangan perdagangan, Brexit dan pendirian Presiden ECB Mario Draghi yang berlembut telah menyebabkan pasangan ini menurun. Ini menyebabkan kita kerugian masa. Walaupun kita menjangka euro akan mula menaik sekarang pada rentak yang sama seperti trend bulis dari tahun 2017, ia tidak akan mencapai 1.23 sehingga 25 November tahun ini.

Saya menyertakan carta mingguan pasangan ini pada hari ini, bukannya carta ikut jam bagi memberikan pandangan umum tentang trajektori pasangan ini. Euro menurun dalam saluran D-D. Pasangan ini belum menyimpang terlalu jauh daripada Fibonacci 61.8%, oleh itu harga penutupan adalah sangat penting.

Kini pedagang menunggu data KDNK AS untuk suku tahun pertama. Jika bacaan ini mengecewakan dan carta lilin mingguan ditutup di atas 1.1187, hal ini akan menjadi pengesahan bagi penembusan palsu. Oleh sebab kita sudah mendapat tiga aras yang lebih rendah pada tempoh masa mingguan, dari sudut pandangan teknikal, kenaikan semula akan menjadi kuat. Jika bacaan KDNK sangat baik, sasaran segera ialah 1.10 pada sempadan bawah saluran E-E. Selepas 1.10, pergerakan terbuka ke aras 1.0863 (76.4%).

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar