EURUSD: pedagang bull telah kembali ke 1.13 dalam percubaan untuk menembusinya

Matthew Anthony

Penganalisis Alpari

Sebelumnya:

Pada hari Selasa 16 April, dagangan pada euro ditutup menurun. Pasangan EURUSD menurun dari aras tinggi 1.1314 disebabkan oleh Reuters yang melaporkan bahawa pembuat dasar ECB ragu-ragu tentang bacaan pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan oleh bank untuk setengah tahun kedua 2019, menyatakan bahawa mereka terlalu optimistik. Dalam tempoh dua jam, pasangan ini kembali ke rintangan 1.1314, tetapi gagal untuk bertahan di aras itu. Dagangan pada euro ditutup dalam julat separuh bahagian bawah intrahari.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:00 Zon Eropah: akaun semasa (Feb).
  • 11:30 UK: IHP (Mac), indeks harga runcit (Mac), PPI – input (Mac), PPI – output (Mac).
  • 12:00 Zon Eropah: IHP (Mac), imbangan perdagangan (Feb).
  • 15:30 Kanada: IHP (Mac), import (Feb), eksport (Feb).
  • 15:30 AS: imbangan perdagangan (Feb).
  • 16:00 UK: ucapan daripada Carney, Gabenor BoE.
  • 17:30 AS: perubahan stok minyak mentah EIA (12 Apr).
  • 17:30 Zon Eropah: ucapan Lautenschläger daripada ECB.
  • 19:45 AS: ucapan Bullard daripada Rizab Persekutuan.
  • 21:00 AS: Beige Book Rizab Persekutuan.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Berita utama daripada media telah menyebabkan turun naik pada hari semalam, tetapi jelas bahawa berita tersebut hanya mengubah sedikit sahaja sentimen pasaran secara keseluruhan. Pasangan EURUSD telah kembali sekali lagi ke 1.1314 disebabkan oleh KDNK dan data pengeluaran industri China yang kukuh.

Selepas tempoh pengukuhan yang singkat, saya menjangkakan kenaikan pada pagi ini akan berterusan ke darjah ke-90 pada 1.1336. Lihat pergerakan pasangan ini dari darjah ke-10 ke darjah ke-12 pada bulan April. Pada masa ini pasaran berkelakuan dengan cara yang sama.

Dengan cuti Hari Easter semakin hampir, di samping hujung minggu yang panjang, aktiviti pedagang dan pelabur akan menurun. Ramai pedagang akan menutup kedudukan mereka sebelum hujung minggu yang panjang danmungkin akan menyebabkan ketaktentuan pasaran yang tinggi.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar