EURUSD: pedagang bull bersedia untuk aras tinggi baru

Matthew Anthony

Penganalisis Alpari

Sebelumnya:

Pada hari Isnin 15 April, dagangan pada euro ditutup sedikit menurun. Pasangan ini menurun ke aras 1.1298, semakin menurun ke 1.1293 pada sesi Asia hari Selasa. Pada pendapat saya, pergerakan ini merupakan pembetulan teknikal.

Suasana negatif secara umumnya semasa sesi AS adalah disebabkan oleh dolar Kanada yang mengalami penurunan yang menjunam selepas penerbitan tinjauan prospek perniagaan Kanada untuk Suku Tahun 1. Susulan laporan ini, BoC tidak mungkin akan menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat yang akan datang.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: kadar pengangguran ILO (Feb), perubahan bilangan pihak menuntut (Mac), pendapatan purata (Feb).
  • 12:00 Jerman: tinjauan ZEW – sentimen ekonomi (Apr).
  • 15:30 Kanada: penghantaran pembuatan (Feb), pelaburan portfolio Kanada dalam sekuriti asing (Feb), pelaburan portfolio asing dalam sekuriti Kanada (Feb).
  • 16:15 AS: pengeluaran industri (Mac).
  • 16:50 Zon Eropah: ucapan Novotny daripada ECB.
  • 17:00 AS: indeks pasaran perumahan NAHB (Apr).
  • 21:00 AS: ucapan Kaplan daripada Rizab Persekutuan.
  • 23:30 AS: stok minyak mentah mingguan API.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Euro mengalami pembetulan, tetapi gagal mencapai 1.1285. Ini merupakan petanda yang baik untuk pedagang bull, kerana kita boleh melihat permulaan kenaikan baru dari garisan imbangan. Penunjuk ikut jam telah dilepaskan, oleh itu pedagang bull sedang bersedia untuk mencapai semula aras tinggi 1.1324.

Pasangan ini berlegar-legar di sekitar darjah ke-67 dalam saluran menurun. Saluran ini terbentuk daripada tiga aras: 1.1324, 1.1293 dan 1.1321. Sokongan telah beralih ke 1.1292. Pasangan ini tidak akan mencapai semula 1.1290. Jika aras rendah Asia dicapai semula, saya menasihatkan agar anda menangguhkan pembukaan sebarang kedudukan panjang. Pergerakan mendatar yang berkekalan sekitar garisan trend dan julat 1.1282/90 akan membawa kepada penurunan selanjutnya ke 1.1270.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar