EURUSD: pasaran mungkin menguji garisan trend sebelum hujung minggu

Sebelumnya:

Pada hari Khamis 14 Mac, euro menurun ke aras 1.1294 berbanding dolar selepas 4 hari menaik. Semua pasangan utama mengalami pembetulan menurun kerana semua orang memerhatikan undian Brexit.

Parlimen UK mengadakan undian untuk beberapa pindaan berkaitan dengan syarat-syarat penarikan diri UK daripada EU. Dewan Rakyat telah mengundi untuk menangguhkan tarikh pelepasan ke 30 Jun dengan mengandaikan bahawa EU bersetuju pada 20 Mac. Parlimen juga menolak idea untuk pungutan suara kedua.

Sekarang Theresa May akan menuju ke Brussels untuk membuat permintaan secara rasmi lanjutan kepada Artikel 50 Perjanjian Lisbon. Kemudiannya EU27 akan membuat keputusan sebulat suara tentang sama ada akan menunda tarikh pelepasan atau tidak. Paun ditetapkan untuk berterusan mengalami tahap ketaktentuan yang tinggi selama beberapa hari yang akan datang.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 13:00 Zon Eropah: IHP (Feb).
  • 15:30 Kanada: penghantaran pembuatan (Jan).
  • 15:30 AS: Indeks pembuatan Empire State NY (Mac).
  • 16:15 AS: pengeluaran industri (Feb).
  • 17:00 AS: Indeks sentimen pengguna Michigan (Mac).
  • 20:00 AS: Kiraan pelantar minyak AS Baker Hughes.
  • 23:00 AS: aliran TIC jangka panjang bersih (Jan).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Saya tidak membuat ramalan semalam, walaupun saya menjangkakan pembetulan terlebih dahulu memandangkan pasangan ini telah melantun semula dari darjah ke-135 dan didagangkan dalam zon pembalikan. Pedagang bull telah mencuba untuk memulakan semula trend menaik dari darjah ke-22, tetapi seperti yang boleh dilihat, dorongan bulis kehilangan kuasa disebabkan oleh kenaikan dolar AS. Pasangan ini mencapai semula garisan trend dan LB.

Sementara kita menunggu pembukaan sesi Eropah, pasangan EURUSD didagangkan pada 1.1317. Euro melonjak ke aras 1.1327 di Asia susulan kenaikan dolar Australia dan New Zealand. Oleh sebab garisan trend masih kukuh dan kita menunggu perkembangan selanjutnya tentang Brexit, masih terdapat peluang untuk mencapai semula penanda 1.1338. Tambahan lagi, Presiden AS Trump memberikan bayangan dalam kenyataan beliau bahawa keadaan akan lebih jelas dalam masa 3 - 4 minggu sama ada AS dan China boleh mencapai perjanjian perdagangan atau tidak. Hal ini baik untuk aset berisiko, termasuk euro.

Pada hari ini, Zon Eropah akan mengumumkan bacaan inflasi untuk bulan Februari. Ini satu-satunya perkara yang boleh memberikan kesan jangka pendek pada euro. IHP tahunan dijangka diumumkan pada 1.5% dengan komponen teras pada 1.0%. Walau bagaimanapun, nilai bulanan mungkin menunjukkan penurunan 0.1% berbanding bacaan sebelumnya 0.3%.

Dalam ramalan saya pada hari ini, saya menjangkakan ujian yang tidak berjaya pada 1.1330 dan juga ujian garisan trend. Saya sudah membuat ramalan sehingga 19 Mac, oleh itu anda boleh melihat pandangan saya tentang beberapa hari dagangan yang akan datang. Penurunan ke darjah ke-67 hanya boleh berlaku selepas pedagang bear melepasi garisan trend. Saya meramalkan penembusan ini berlaku pada hari Isnin, tetapi boleh juga berlaku pada sesi AS hari ini.

Dari pukul 10:00 (GMT+3) pada 15 Mac hingga pukul 14:00 pada 18 Mac, kitaran menunjukkan fasa penurunan. Ingatlah bahawa kitaran tidak mengambil kira peristiwa yang akan datang; kitaran hanya dibina berdasarkan tingkah laku harga lepas dan tiada jaminan sama ada akan berkesan atau tidak. Fundamental lebih penting daripada penunjuk dan mana-mana kaedah analisis.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.