EURUSD: menghampiri garisan trend dari 1.1222

Sebelumnya:

Pada hari Rabu 13 Mac, euro meningkat ke aras 1.1326 berbanding dolar. Saya menjangkakan pemulihan ke aras 1.1314, tetapi berita tentang Brexit semakin menaikkan kadar sehingga mencapai 1.1338. Aktiviti pasaran biasanya rendah sebelum masa penutup, tetapi tidak pada hari semalam.

Dolar AS menurun susulan undian di parlimen British berkenaan syarat-syarat untuk keluar daripada EU. Dewan Rakyat telah mengundi menentang Brexit tanpa perjanjian. Pada hari ini, dewan ini akan mengundi berkenaan menangguhkan tarikh keluar sama ada kepada bulan Mei atau Jun.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:00 Jerman: indeks terharmoni bagi harga pengguna (Feb).
  • 10:30 Switzerland: harga pengeluar dan import (Feb).
  • 10:45 Perancis: IHP (Feb).
  • 14:00 OPEC: laporan bulanan.
  • 15:30 Kanada: indeks harga rumah baru (Jan).
  • 15:30 AS: indeks harga import (Feb), tuntutan pengangguran awal (4 Mac).
  • 17:00 AS: jualan rumah baru (Jan).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Mata wang tunggal ini secara teknikalnya telah pulih ke darjah ke-112, titik pedagang bull dan bear bertembung. Hal ini jelas kelihatan daripada peningkatan volum pada permulaan sesi AS. Pedagang bear cuba melepasi aras 1.1310 (darjah ke-45) selama 4 jam. Apabila keputusan undian Brexit didedahkan, euro melonjak ke aras 1.1338. Pedagang bull tidak dapat melepasi julat darjah 112 – 135, oleh itu situasi sekarang berpihak kepada pedagang bear pada tempoh masa setiap jam.

Ketaktentuan pada paun telah melambung tinggi disebabkan oleh perkembangan Brexit yang kesannya menjejaskan mata wang lain. Saya tidak mahu membuat ramalan pada hari ini kerana terdapat satu lagi undian di parlimen.

Saya telah menandakan ayunan intrahari pada carta antara 1.1277 dan 1.1388. Jenis struktur ini kerap dilihat pada mata wang kripto. Selepas ini, jika kadar menurun di bawah aras 50%, laba yang terhasil di sini akan terhapus sepenuhnya. Untuk euro, aras 50% adalah pada 1.1307 iaitu di bawah garisan trend. Oleh itu, jika garisan ini dilepasi, mengandaikan kedudukan panjang akan ditutup, kita boleh menetapkan perhatian kita pada 1.1277, dengan 1.1285 (45 darjah) bertindak sebagai sokongan perantaraan.

Saya ingin menekankan bahawa jenis pembentukan ini sangat kerap dilihat pada mata wang kripto, oleh itu tiada jaminan bahawa ini akan berkesan untuk euro. Paun pada masa ini dalam pesanan pendek pada persilangan. Pada masa penulisan ulasan ini, dagangan pada persilangan euro bercampur-campur.

Apa lagi yang perlu saya perhatikan? Volum yang rendah sekiranya berlaku penurunan dan lantunan semula dari darjah ke-22. Pedagang bull cuba mengekalkan trend dengan memastikan kadar di atas darjah ke-22. Jika kadar itu tidak dapat bertahan, apabila kadar mula meningkat lagi, kita boleh melihat sekurang-kurangnya sejauh darjah ke-45.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.