EURUSD: pasaran menunggu sidang media Mario Draghi

Sebelumnya:

Pada hari Rabu 6 Mac dagangan pada euro ditutup 1 pip menurun. Lilin harian berada dalam julat 39 pip. Penurunan ke aras 1.1285 berlaku disebabkan oleh khabar angin bahawa ECB bersiap sedia untuk menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan inflasi Zon Eropah pada mesyuarat hari ini dan mula mengeluarkan pinjaman baru.

Dolar AS menunjukkan dinamik yang bercampur-campur berbanding mata wang utama susulan pengumuman data ekonomi AS. Laporan pekerjaan ADP kurang daripada jangkaan. Ini membolehkan pedagang euro memulihkan kerugian mereka dan mencapai aras tinggi intrahari baru.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: Harga rumah Halifax (Feb).
  • 13:00 Zon Eropah: KDNK (S4).
  • 15:45 Zon Eropah: Keputusan kadar faedah ECB.
  • 16:30 Zon Eropah: Pernyataan dasar kewangan dan sidang media ECB.
  • 16:30 Kanada: permit bangunan (Jan).
  • 16:30 AS: tuntutan pengangguran awal (25 Feb).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pedagang bear tidak berjaya mencapai zon pembalikan 112 – 135 darjah menjelang pukul 17:00 (GMT+3). Pedagang bull telah membeli euro apabila aras rendah 1.1290 dicapai semula. Selepas lantunan semula, asas ganda tiga terbentuk dengan pencapahan bulis berganda pada penunjuk AO. Isyarat itu kuat, tetapi Mario Draghi yang kata-katanya boleh mengubah hala mana-mana model harga, jauh lebih kuat.

Pertumbuhan terbantut pada garisan imbangan LB. Aktiviti pasaran rendah pada sesi Asia, oleh itu LB line kini memberikan rintangan yang kukuh. Garisan trend telah dilepasi dan kini kita mendapat 50% lantunan semula. Pasaran sudah sedia untuk turun naik yang ganas.

Berdasarkan analisis teknikal dan pembentukan yang telah kita lihat sejak 3 hari yang lalu, julat zon sasaran kita ialah dari 1.1355 (U1) hingga 1.1366 (darjah ke-67). Anda boleh mengabaikan penunjuk semasa ucapan Mario Draghi. Selepas mesyuarat ECB, pasaran akan mula bersedia untuk laporan gaji AS. Memandangkan laporan ADP yang dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan, dolar akan kekal di bawah tekanan sehingga hari Jumaat. Saya berpendapat kita akan melihat beberapa ayunan yang tegang pada euro.

Persilangan euro didagangkan menurun, kecuali untuk EURCAD. Ini bermakna pasangan EURUSD mungkin menguji 1.13 sebelum meningkat lebih lanjut. Senario yang ideal untuk pasangan ini adalah untuk didagangkan mendatar di samping LB line meningkat sehingga pukul 16:30 (GMT+3).

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.