EURUSD: pembetulan menaik akan berlaku

Sebelumnya:

Pada hari Isnin 4 Mac, dagangan pada euro ditutup menurun. Selepas melepasi garisan trend pada 1.1360, mata wang tunggal ini menurun 0.45% berbanding dolar untuk mencapai 1.1309. Menariknya, euro menurun semasa penurunan hasil bon US10Y. Secara teori, selepas melihat kemajuan dalam perbincangan antara AS dan China, kita seharusnya melihat kenaikan selera untuk risiko. Namun begitu, semalam satu-satunya aset berisiko yang meningkat ialah minyak.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:30 Switzerland: IHP (Feb).
  • 11:15 Sepanyol: PMI perkhidmatan Markit (Feb).
  • 11:45 Itali: PMI perkhidmatan Markit (Feb).
  • 11:50 Perancis: PMI perkhidmatan Markit (Feb).
  • 11:55 Jerman: PMI perkhidmatan Markit (Feb).
  • 12:00 Zon Eropah: PMI perkhidmatan Markit (Feb).
  • 12:30 UK: PMI perkhidmatan Markit (Feb), penyata FPC.
  • 13:00 Zon Eropah: jualan runcit (Jan).
  • 17:45 AS: PMI perkhidmatan Markit (Feb).
  • 18:00 AS: PMI bukan pembuatan ISM (Feb), jualan rumah baru (Dis).
  • 18:35 UK: Ucapan daripada Gabenor BoE, Carney.
  • 22:00 AS: penyata belanjawan bulanan (Jan).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Jangkaan saya tentang harga melepasi garisan trend dipenuhi. Saya berpendapat penurunan euro agak berlebihan berdasarkan suapan berita semalam.

Pada hari ini saya menjangkakan akan berlaku pembetulan menaik pada euro. Malah kita mungkin melihat aras tinggi baru tidak lama lagi. Presiden AS, Donald Trump telah membaharui kritikan beliau terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, mengatakan bahawa dolar AS terlalu kuat, dengan itu menghalang ekonomi AS. Saya fikir apabila AS dan China menandatangani perjanjian perdagangan baru, beliau akan mula membuat tindakan untuk melemahkan dolar untuk menjadikan perniagaan orang Amerika lebih menguntungkan.

Pada hari ini saya menjangkakan euro akan pulih ke aras 1.1371. Itulah yang diramalkan oleh model penentuan harga saya. Kita akan lihat pada hari ini sama ada pedagang bull ingin melepasi LB line. Julat 1.1356 – 1.1362 memberikan rintangan.

Mesyuarat ECB dan laporan NFP akan menjadi tumpuan pada minggu ini.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.