EURUSD: berada di garisan trend

Sebelumnya:

Pada hari Rabu 27 Februari, dagangan pada euro ditutup menurun. Pedagang bull tidak dapat melepasi tembok jualan pada 1.1403. Euro menurun ke aras 1.1362 berbanding dolar. Garisan trend dan garisan imbangan kedua-duanya memberikan sokongan. Penurunan berlaku disebabkan oleh kenaikan yang ketara dalam hasil bon US10Y daripada 2.631% kepada 2.6987%.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:00 UK: Harga rumah Nationwide (Feb).
  • 10:45 Perancis: perbelanjaan pengguna (S4), IHP (Feb).
  • 11:00 Switzerland: petunjuk utama KOF (Feb).
  • 16:00 Jerman: indeks terharmoni bagi harga pengguna (Feb).
  • 16:30 Kanada: akaun semasa (S4), harga produk industri (Jan).
  • 16:30 AS: KDNK (S4), tuntutan pengangguran awal (23 Feb).
  • 16:50 AS: Ucapan Bostic daripada Rizab Persekutuan.
  • 17:45 AS: PMI Chicago (Feb).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pembeli menghadapi rintangan sekitar darjah ke-67. Pertumbuhan dalam hasil bon US10Y telah mengubah sentimen di pasaran berhubung dengan dolar AS. Kadar kembali ke garisan trend apabila sebahagian daripada peserta pasaran menutup kedudukan panjang mereka.

Perlu diberikan perhatian bahawa sokongan 1.1370 tidak bertahan, oleh itu kita boleh mengabainya sekarang ini.

Satu lagi perkara yang penting untuk dipertimbangkan ialah pembentukan nilai atas berganda pada 1.1403. Ini telah diaktifkan dengan penembusan aras rendah 1.1373 yang boleh dilihat antara dua nilai atas tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak menganggap perkara ini sebagai nilai atas berganda yang benar kerana kadar sudah pun meningkat melebihi 1.1373 sekali lagi.

Pada sesi Asia hari ini, dagangan pada dolar bercampur-campur. Ia didagangkan menaik berbanding yen dan franc Swiss. Ini petanda yang buruk untuk pedagang bull kerana ini bermakna modal sedang mengalir ke aset safe haven. Hari ini akan diadakan sidang media untuk membincangkan sidang kemuncak AS-Korea Utara. Ini mungkin menjelaskan sebabnya pelabur telah kembali semula kepada yen.

Ambil perhatian terhadap garis sokongan yang berada di bawah garisan trend. Jika terdapat serangan pada 1.1370, terdapat kemungkinan yang tinggi untuk kadar melantun dari 1.1365.  Jika lantunan ini mencapai sejauh 1.1382, kita akan melihat set kedudukan panjang yang baru daripada pembeli. Jika anda telah melakukan sebarang analisis untuk tempoh masa harian, anda akan melihat rintangan pada 1.1430 dalam bentuk garisan trend yang dilukis dari nilai tinggi 1.1569 dan 1.1514. Saya ingin melihat pembetulan menurun berlaku dari sini.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.