EURUSD: menguji rintangan sebelumnya sebagai sokongan

Sebelumnya:

Pada hari Selasa 26 Februari, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menaik. Paun British mendapat pengaruh yang positif pada mata wang utama semasa sesi Eropah.

Pasangan ini didagangkan di bawah rintangan 1.1370 sehingga Pengerusi Rezab Persekutuan, Jerome Powell berhadapan dengan Jawatankuasa Perbankan Senat. Powell menjelaskan pendirian tunggu dan lihat pengawal selia itu, menyatakan bahawa Rizab Persekutuan mempunyai pandangan ekonomi yang positif secara umumnya dan risiko utama yang dihadapi ekonomi AS ialah pertumbuhan ekonomi yang perlahan di luar negara. Pengurusan atasan Rizab Persekutuan akan terus bersabar dalam membuat keputusan berhubung dengan menaikkan kadar faedah.

Sebelum menutup dagangan harian, pasangan EURUSD menguji aras 1.14.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 Zon Eropah: ucapan Cœuré daripada ECB.
  • 12:00 Switzerland: tinjauan ZEW – jangkaan (Feb).
  • 12:00 Zon Eropah: penawaran wang M3 (Jan), pinjaman peribadi (Jan).
  • 13:00 Zon Eropah: keyakinan pengguna (Feb), penunjuk sentimen ekonomi (Feb), keyakinan industri (Feb), iklim perniagaan (Feb).
  • 13:00 Jerman: ucapan Presiden Buba Jerman, Weidmann.
  • 16:30 Kanada: IHP (Jan).
  • 18:00 AS: jualan rumah belum selesai (Jan), pesanan kilang (Dis).
  • 18:30 AS: Perubahan stok minyak mentah EIA (18 Feb).
EURUSD H1

Situasi semasa:

Paun, persilangan euro dan Powell menghalang pedagang bear daripada mencapai zon sokongan pada 1.1315/20. Berlakunya penurunan ke aras 1.1345 pada sesi AS, tetapi pembeli kemudiannya memulihkan semula kerugian itu dengan cepat. Darjah ke-45 dan penanda 1.1370 dilepasi oleh pedagang bull. Euro mencapai penanda 1.1403. Pasangan ini memulakan pembetulan dari darjah ke-67 yang dilanjutkan ke aras 1.1373 pada sesi Asia.

Pada masa ini pasangan ini didagangkan di sekitar sokongan 1.1370, iaitu aras rintangan semasa dagangan semalam. Memandangkan robot dagangan memberikan volum merentasi semua pasaran, terdapat kemungkinan yang tinggi pasangan ini akan menguji garisan imbangan LB sebelum mula menaik semula. Lihat ujian sebelumnya; kadar telah menurun ke garisan tersebut sebelum melantun semula dengan ketara ke atas.

Garisan trend melepasi 1.1360. Ini akan menyokong zon sokongan. Stokastik telah berubah arah ke atas. Sekarang yang tinggal ialah persilangan berubah arah dan kita boleh menetapkan pandangan kita pada 1.1416.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar