EURUSD: pasangan ini secara teknikalnya sudah sedia untuk pertumbuhan

Sebelumnya:

Pada hari Isnin 25 Februari, dagangan pada pasangan EURUSD ditutup menaik, walaupun terdapat banyak turun naik sepanjang hari. Ini disebabkan oleh ulasan daripada Presiden AS, Donald Trump.

Beliau meningkatkan selera untuk risiko pada pasaran dengan keputusan beliau untuk menangguhkan kenaikan tarif terhadap import China. Pada sesi AS, harga minyak menurun 4% susulan tweet daripada Trump yang menyatakan harga itu terlalu tinggi dan OPEC seharusnya "bertenang". Penurunan pada minyak ini memberikan kesan pada pasangan USDCAD. Pasangan EURUSD terus didagangkan dalam julat mengukuh selama 3 hari yang terbentuk pada 20 Februari.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 12:30 UK: kelulusan gadai janji BBA (Jan).
  • 13:00 UK: sidang dengar laporan inflasi.
  • 16:30 AS: permit bangunan (Dis), perumahan baru (Dis).
  • 17:00 AS: indeks harga rumah (Dis).
  • 17:45 AS: ucapan Powell daripada Rizab Persekutuan.
  • 18:00 AS: indeks pembuatan Rizab Persekutuan Richmond (Feb), keyakinan pengguna.
EURUSD H1

Situasi semasa:

Pasangan ini didagangkan antara darjah ke-45 apabila ia mengekalkan trend mendatar. Pada masa penulisan artikel ini, pasangan ini didagangkan pada 1.1348 dan telah mencapai garisan imbangan. Pasaran dalam keadaan keseimbangan pada tempoh masa ikut jam dan sudah bersedia untuk menolak kadar ke garis U1 dan D1.

Pada pandangan saya, tiada yang berubah sejak semalam dari segi teknikal. Oleh itu, saya menjangkakan kita akan melihat pedagang bull berundur sekitar 1.1315/20, yang mana mereka akan memasuki kedudukan panjang baru untuk kenaikan berterusan yang berikutnya. Pasaran bersedia untuk melepasi 1.1370, tetapi lebih baik untuk menjangkakan gelombang kenaikan bermula dari aras rendah dari 22 Februari. Pada tempoh masa H4, LB line melalui aras 1.1322. Oleh itu kita mempunyai sokongan yang kuat pada sekitar 1.1315/1.1322 pada dua tempoh masa yang berasingan.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar