EURUSD: sasaran pertumbuhan pada rintangan 1.1341

Semasa separuh pertama dagangan hari Jumaat, pasangan EURUSD meneruskan penurunan dalam saluran menurun dengan merosot dari 1.1294 ke aras 1.1234 untuk mencapai semula aras rendah dari 13 November tahun lepas. Walau bagaimanapun, pasangan ini mengalami pembalikan yang mendadak sebelum sesi AS dan meningkat ke aras 1.1308, melepasi sempadan atas saluran menurun yang telah mengarah trajektori pasangan ini sejak akhir bulan Januari. Kemudian pasangan ini menutup minggu pada aras 1.1292.

Pertumbuhan ini bukanlah disebabkan oleh hasil yang positif dari Eropah kerana hasil yang negatif dari AS. Indeks harga import AS untuk bulan Januari merosot sebanyak 0.5% MoM berbanding jangkaan 0.1%. Pengurangan harga import ialah petanda bahawa inflasi semakin perlahan iaitu satu faktor yang akan menyebabkan penangguhan langkah mengetatkan dasar kewangan. Hal ini negatif untuk dolar. Tambahan lagi, penggunaan kapasiti di AS pada bulan Januari diumumkan pada 78.2% berbanding jangkaan 78.7%, manakala pengeluaran industri mengalami penurunan yang mendadak sebanyak 0.6% MoM sedangkan pasaran menjangkakan kenaikan sebanyak 0.1%.

EURUSD M15

Penembusan saluran menurun telah memberikan dorongan untuk pertumbuhan yang telah disahkan semula pada pagi hari Isnin. EURUSD mencapai aras 1.1324 sebelum menurun semula ke aras 1.1307. Sasaran seterusnya untuk pedagang bull ialah rintangan 1.1341. Tiada sebarang pengumuman berita yang penting dari Eropah pada hari ini dan pasaran AS ditutup disebabkan oleh Hari Presiden, oleh itu aktiviti pada pasaran Forex akan lengang.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.