EURUSD: masih ada ruang untuk menurun

Pasangan EURUSD terus menurun pada hari Isnin. Walaupun penurunan ini kurang ketara pada sesi pagi dan tengah hari, secara keseluruhan euro menurun 0.4% berbanding dolar untuk menutup hari dagangan pada 1.1274. Mata wang tunggal ini mengalami tekanan menurun disebabkan oleh bantahan jaket kuning yang berterusan di Perancis.

EURUSD M15

Tambahan lagi, euro juga mengalami tekanan selepas Timbalan Perdana Menteri Itali, Luigi Di Maio mengumumkan bahawa kerajaan Itali berhasrat untuk menyekat penyambungan sekatan Rusia, memandangkan sekatan balas Rusia telah merugikan perniagaan Itali. Hal ini ditafsirkan oleh pasaran sebagai perpecahan dalam EU yang menguatkan penurunan euro, yang mengalami trajektori menurun sejak 31 Januari.

EURUSD D1

Pada pagi Selasa, pasangan EURUSD membalas penurunan hari sebelumnya dengan kenaikan yang lemah sebanyak 0.05%. Secara teori, masih terdapat ruang untuk euro menurun. EURUSD menghampiri aras rendah pada November 2018, oleh itu masih terdapat peluang penurunan sehingga 1.12. Walau bagaimanapun, jika kita mendapat sedikit berita positif untuk euro, ia berpotensi untuk meningkat sekitar 1.13 – 1.135.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.