EURUSD: pembetulan dijangka, disusuli dengan penurunan selanjutnya

Sebelumnya:

Pada hari Rabu 6 Februari, dagangan pada euro ditutup menurun. Penurunan euro berlaku disebabkan oleh dolar yang lebih kukuh merentasi pasaran Forex global, di samping kenaikan hasil bon US10Y. Hasil bon tidak menutup hari dagangan, tetapi pertumbuhan yang berlaku menghasilkan pembukaan kedudukan panjang pada dolar. Semasa sesi Eropah, euro dibetulkan ke aras 1.1399 sebelum menurun ke aras 1.1361 semasa dagangan di AS.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:00 Jerman: pengeluaran industri (Dis).
  • 10:45 Perancis: imbangan perdagangan (Dis).
  • 11:00 Switzerland: rizab mata wang asing (Dis).
  • 11:30 UK: Harga rumah Halifax (Jan).
  • 12:00 Zon Eropah: buletin ekonomi.
  • 15:00 UK: Keputusan kadar faedah BoE, kemudahan pembelian aset BoE, laporan inflasi suku tahun BoE.
  • 16:30 AS: tuntutan pengangguran awal (1 Feb).
  • 23:00 AS: perubahan kredit pengguna (Dis).

EURUSD hourly chart

Situasi semasa:

Jangkaan pasaran semalam dipenuhi. Euro pada awalnya menurun ke darjah ke-90, kemudian, selepas sedikit kenaikan semula, menurun bersama garis trend ikut jam ke sempadan bawah saluran A-A.

Dalam sesi Asia hari ini, pedagang bear menutup dagangan pada darjah ke-112. Membuat pesanan pendek pada euro sekitar aras ini adalah sangat berisiko. Jika anda melakukannya, saya menasihatkan agar anda mengurangkan risiko pada dagangan tersebut kerana peluang akan berlakunya pembetulan di sini adalah agak tinggi. Pada pendapat saya, lebih baik untuk membuat pesanan jual selepas kenaikan semula. Dalam ramalan saya, saya menjangkakan pembetulan ke aras 1.1375/77, disusuli dengan penurunan sehingga penutupan pada aras 1.1340.

Ramalan saya menunjukkan pembalikan berlaku semalaman pada 8 Februari. Oleh itu, kita akan melihat model pembalikan terbentuk pada aras antara darjah ke-112 dan ke-135 (darjah ke-135 adalah pada 1.1328).

Jangan lupa tentang China! Menteri Kewangan AS, Steve Mnuchin telah mengumumkan bahawa beliau akan pergi ke Beijing bersama delegasi untuk satu lagi pusingan perbincangan perdagangan. Jika perjanjian tidak dapat dicapai, satu set tarif yang baru mungkin dikenakan terhadap barangan China pada 2 Mac. Mnuchin menyatakan bahawa perbincangan sehingga kini sangat produktif. Hal ini memberikan harapan bahawa perjanjian akan dicapai yang akan memberikan dorongan bulis untuk aset berisiko.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.