Kami kini 19 tahun!

Permodalan pasaran Stellar melepasi Litecoin

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, mata wang kripto Stellar (XLM) telah melepas Litecoin (LTC) berdasarkan permodalan pasaran buat kali pertama. Menurut sumber dari CoinMarketCap, buat masa kini, permodalan pasaran mata wang Stellar adalah sebanyak $5.39 billion, manakala permodalan Litecoin adalah $4.82 billion:

Dengan itu, Stellar berjaya menandingi Litecoin untuk tempat keenam berdasarkan permodalan.

Charlie Lee, penubuh Litecoin, membuat komen dalam laman media Twitter, dalam mana beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya mengatasi Litecoin untuk menduduki tempat keenam. Walau bagaimanapun, Charlie Lee menegaskan bahawa Stellar bukanlah mata wang kripto sebenar kerana ia boleh "dicetak", dan tidak diperoleh dengan kaedah mining tradisional:

Saya turut sama mempercayai bahawa Stellar bukanlah mata wang kripto. Pada kefahaman saya, sebilangan besar wang digital yang termasuk dalam Top 100 menurut permodalan pasaran, menurut CoinMarketCap, tidak memenuhi kriteria klasik mata wang kripto, dan dengan itu tidak seharusnya dianggap sebagai mata wang kripto. Saya berpendapat bahawa, lambat laun, mata wang digital akan dikelaskan mengikut kelas aset yang berbeza, dan kemudian akan menjadi lebih mudah untuk membezakan dan mengenal pasti mata wang kripto berbanding aset digital lain.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas