Manipulasi harga bitcoin: mustahil atau tidak?

Persoalan yang sering kali diajukan oleh golongan yang berminat dengan mata wang kripto - siapa yang memanipulasikan harga bitcoin? Perkara ini diperbual dengan hangat hari ini, selepas harga bitcoin menaik dari $6,500 ke $7,500 (lebih dari 10%) dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Saya ingin mengingatkan bahawa isu ini amat relevan pada penghujung tahun 2017 ketika harga bitcoin meningkat hampir 4 kali ganda dalam 3 bulan - dari $5,000 ke $20,000. Saya masih ingat, pada masa tersebut, ramai yang menulis dan membuat spekulasi bahawa "seseorang" menaikkan harga bitcoin secara sengaja, dan ini merupakan 100% manipulasi. Sudah tentu, apabila harga bitcoin menaik, mereka yang mendakwa bahawa harga dimanipulasi oleh "seseorang", merupakan mereka yang tidak sempat membeli mata wang kripto sebelum harga melonjak.

Kemudian, pada permulaan tahun ini, harga bitcoin mula menurun dan pada awal bulan Februari, harga menurun ke bawah $6,000, dan ramai yang mula membuat dakwaan bahawa "seseorang" sekali lagi memanipulasikan harga, tetapi kali ini menurunkannya. Dalam forum komuniti mata wang digital, terdapat pelbagai topik dengan tajuk yang menyarankan bahawa peserta utama dalam pasaran memonopoli pasaran untuk mengampil kesempatan dari peserta kecilan. Pada pendapat saya, semua ini merupakan ilusi semata-mata. Ini mungkin kenyataan dari mereka yang membeli bitcoin ketika harga berada di puncak pada penghujung tahun lepas tidak ingin mengakui bahawa mereka telah membuat kesilapan, dan kini ingin mencari alasan dengan mengatakan bahawa ini semua merupakan manipulasi untuk meletakkan harga bitcoin dibawah tekanan.

Pada pendapat saya, manipulasi harga bitcoin amat sukar, dan boleh dikatakan hampir mustahil kerana bitcoin merupakan mata wang yang cukup cair, dengan purata jumlah dagangan harian disekitar $5 billion hingga $20 billion, menurut sumber dari BitInfocharts. Selain itu, buat masa kini, bitcoin diperdagang dalam lebih dari 11,000 bursa mata wang kripto, menurut sumber dari CoinMarketCap, dan tidak ada satu pun dari kalangan bursa tersebut merupakan bursa yang ditentukan untuk perdagangan bitcoin. Disebabkan itu, saya menganggap bahawa tiada sesiapa yang dapat memanipulasi harga bitcoin sementara kadar kecairan masih tinggi dan diperdagang diserata dunia.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.