Semua ulasan

Analisis bitcoin 18.07.2018

Harga bitcoin meningkat melebihi 10% dalam tempoh 24 jam yang lalu: pada pagi hari semalam, pasangan BTCUSD diperdagang disekitar kadar $6,700, manakala hari ini, harga menghampiri kadar $7,400. Kenaikan harga mata wang kripto pada hari semalam tidak dijangka, tiada sesiapa yang boleh meramal lonjakan tajam sebegini dalam sehari.

Buat masa kini, sukar untuk mengenal pasti peristiwa ekonomi yang mampu menerangkan lonjakan harga bitcoin semalam. Saya sendiri tidak menyedari sebarang berita penting dalam pasaran kripto semalam. Saya merasakan bahawa perkembangan Lightning Network, seperti yang saya tulis semalam, bermula beberapa hari yang lalu, mungkin memainkan peranan dalam kenaikan minat terhadap bitcoin.

Dari sudut pandangan analisis grafik, carta BTCUSD menunjukkan satu lagi lantunan dari garis bawah segi tiga menurun, disekitar $5,800-$6,000, menjadi tahap sokongan:

Sehubungan dengan itu, buat masa kini, kita boleh menganggap bahawa terdapat sokongan yang kukuh pada tahap $6,000. Saya juga ingin menyatakan bahawa dalam rangka masa per jam (h1), pasangan BTCUSD kini membentuk trend menaik:

Segala perkara yang dinyatakan menandakan bahawa buat masa kini, pada masa ini, sentimen bearish untuk bitcoin buat masa kini kemungkinan besar akan melembut.

Tulis komen