Semua ulasan

Kapasiti Lightning Network melebihi 500,000 USD

Kapasiti penggunaan Lightning Network (LN) buat pertama kali dalam sejarah sejak kewujudan rangkaian menunjukkan bacaan melebihi 500,000 USD. Menurut sumber dari , jumlah kapasiti rangkaian kini adalah sebanyak 509,824 USD:

Harus dinyatakan bahawa pada penghujung bulan Jun, kapasiti LN adalah disekitar 150,000 USD, manakala pada permulaan tahun hanyalah sebanyak 40,000 USD. Perkara ini menunjukkan bahawa minat terhadap LN secara sedikit demi sedikit semakin meningkat.

Saya ingin mengingatkan bahawa majoriti perwakilan komuniti bitcoin mempercayai bahawa LN boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah penskalaan bitcoin. Pada pendapat saya, sekiranya jalur lebar LN adalah disekitar puluhan juta dolar, dan transaksi bitcoin dalam LN boleh dijalankan tanpa sebarang masalah teknikal, dalam kes ini, minat terhadap bitcoin akan mula meningkat, dan harga boleh menghampiri tahap maksimum yang tercecah pada bulan Disember 2017, iaitu sebanyak 20,000 USD.

Tulis komen