Kami kini 19 tahun!

Pengguna laman sosial WeChat akan menerima peluang untuk membeli Bitcoin Cash

Laman sosial terkenal di Asia, WeChat, kini dalam perancangan untuk melancarkan aplikasi DD Purse (wallet mata wang kripto), yang akan menyokong Bitcoin Cash (BCH). Perkara ini dinyatakan oleh Roger Ver pada 14 Julai dalam bitcoin.com.

WeChat merupakan aplikasi mesej paling terkenal di China, dibangunkan oleh Tencent. Buat masa kini, bilangan pengguna melebihi 1 billion. Walau bagaimanapun, WeChat juga digunakan untuk melakukan pembayaran mudah alih, menggunakan aplikasi WeChat Pay, dengan bilangan pengguna aktif pada masa ini melebihi 600 juta.

Pada pendapat saya, aplikasi DD Purse, yang boleh digunakan dalam WeChat, dengan menambah sokongan untuk Bitcoin Cash, akan memegang peranan penting dalam mendedahkan mata wang kripto dalam kalangan penduduk China.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas