Platform kripto Bancor menghentikan operasi buat sementara waktu

Platform mata wang digital Bancor menghentikan operasi pada 9 Julai, sehubungan dengan berlakunya pencerobohan dalam sistem keselematan rangkaian. Perkara ini dinyatakan dalam laman Twitter Bancor:

Harus difahami bahawa Bancor merupakan rangkaian yang menyediakan kaedah pertukaran token secara langsung dari wallet dengan mudah dan murah kepada para pengguna. ICO Bancor bermula pada pertengahan tahun lepas, dalam mana hampir $153 juta dikumpul, dan pada masa tersebut merupakan salah satu dari ICO terbesar.

Peristiwa pencerobohan sistem keselamatan ini aktif diperbual dalam komuniti mata wang digital, memandangkan pembangun Bancor sebelum ini mengesahkan bahawa ini merupakan rangkaian tidak berpusat. Walaupun begitu, timbul keraguan tentang Bancor berikutan dari pengumuman dari Bancor dalam laman media Twitter:

Kenyataan tersebut menerangkan bahawa sejurus selepas penceroboh dikenal pasti, mereka boleh membekukan token BNT yang dicuri. Secara teknikalnya, perkara ini menyerupai pemusatan, iaitu apabila perwakilan tertentu dalam sistem kripto berkebolehan untuk menghalang tindakan tertentu.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan pengguna mata wang kripto mula mengkritik Bancor. Penubuh Litecoin, Charlie Lee menulis dalam Twitter, bahawa peristiwa ini menandakan bahawa Bancor hanya berpura-pura untuk menjadi bursa tidak berpusat.

Saya berpendapat bahawa sekiranya Bancor merupakan platform berpusat, maka minat terhadap BNT akan menurun. Hal ini adalah kerana pengguna kripto lebih menggemari mata wang kripto tidak berpusat.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar