45% pengguna mata wang kripto mempercayai bahawa harga akan mula menaik

Pada penghujung minggu lepas, harga bitcoin menurun ke $5,800 menurut sumber CoinMarketCap. Walau bagaimanapun, pada hari sabtu 30 Jun, harga mata wang kripto tersebut melantun. Menurut jejak langkah bitcoin, harga kebanyakan mata wang digital lain turut sama melantun. Buat masa kini, bitcoin bernilai $6,725 menurut sumber dari CoinMarketcap. Dalam kata lain, sejak dari 30 Jun, harga bitcoin telah melonjak sebanyak $925.

Sehubungan dengan lonjakan harga mata wang kripto utama ini, penubuh Litecoin, Charlie Lee menjalankan kaji selidik dalam kalangan pengikut dalam laman media Twitter, yang kini berjumlah sebanyak 782,00, dengan mengemukakan persoalan sama ada mereka mempercayai bahawa trend bullish akan bermula dalam pasaran kripto atau sebaliknya.

Menurut hasil kaji selidik yang disertai 26,446 pengikut Charlie Lee, 45% mempercayai bahawa trend bullish akan bermula, dan 55% mempercayai bahawa harga bitcoin akan terus menurun. Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa pendapat terbahagi hampir sama rata antara kedua-dua belah pihak.

Melihat kepada awal tahun 2018, dan juga kaji selidik pengguna mata wang kripto lain, saya mengingati bahawa dalam separuh pertama bulan Januari, hasil kaji selidik menunjukkan bahawa 80-90% peserta mempercayai bahawa harga bitcoin akan menaik. Pada masa tersebut, harga bitcoin diperdagang disekitar $10,000-$16,000.

Dengan itu, saya berpendapat bahawa, bermula dari bulan Januari tahun ini, bilangan pesimis, iaitu mereka yang mempercayai bahawa harga mata wang kripto akan menurun, menunjukkan peningkatan. Perkara ini boleh difahami, kerana apabila bitcoin tidak menaik, pelbagai spekulator mula berubah arah dan menjadi pesimis.

Pada kebiasaannya, dan menurut pengalaman saya, dalam pasaran kewangan, harga mula beralih arah apabila bilangan pesimis melebihi bilangan optimis, iaitu mereka yang berpandangan sebaliknya berbanding pesimis.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar