Kami kini 19 tahun!

Analisis Ethereum dari 05.07.2018

Harga mata wang kripto Ethereum (ETH) sedikit demi sedikit meningkat ke tahap psikologi pada $500. Tahap low tempatan terbentuk pada penghujung bulan lepas - pasangan ETHUSD menurun ke kadar $404 dalam bursa Bitfinex pada 29 Jun.

Dari sudut pandangan analisis grafik, pasangan ETHUSD terus bergerak dalam trend menurun dalam rangka masa tiga jam (H3):

Dalam graf, jelas kelihatan bahawa kadar pertukaran menghampiri garis trend. Sekiranya garis trend ditembusi, maka menurut analisis teknikal, trend pertama akan muncul untuk menandakan potensi kenaikan harga Ethereum.

Situasi yang sama boleh dilihat untuk pasangan BTCUSD, seperti yang saya tulis pada minggu lepas. Nampaknya, hampir semua mata wang digital utama menunjukkan carta yang serupa baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, buat masa kini, saya masih belum dapat mengesan sebarang sebab untuk kenaikan harga yang stabil dan berjangka panjang. Masalah penskalaan bitcoin masih belum diselesaikan. Situasi yang sama untuk Ethereum, dalam mana saiz blockchain untuk mata wang digital menjadi terlalu besar, menghampiri 667 GB, menurut sumber dari BitInfoCharts. Semua kesulitan teknikal ini menyekat pengenalan mata wang kripto, sekaligus membataskan kenaikan harga. Sehubungan dengan itu, walaupun sekiranya harga mata wang kripto utama menaik dalam masa terdekat, ia boleh dianggap sebagai pergerakan lantunan harga.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas