Semua ulasan

Analisis Bitcoin 29.06.2018

Sejak semalam, harga bitcoin turun ke bawah kadar psikologi $6,000, dan menurut maklumat Bitfinex, pada saat ini, pasangan BTCUSD diperdagang pada kadar $5,904.

Dari sudut pandangan analisis grafik, dalam rangka masa tiga jam (H3), pasangan BTCUSD terus bergerak dalam trend menurun yang bermula sejak separuh pertama bulan Mei:

Buat masa kini, saya tidak mengesan sebarang isyarat yang menandakan potensi kenaikan harga mata wang digital yang stabil. Saya ingin mengingatkan bahawa masalah penskalaan bitcoin masih belum diselesaikan, dan disebabkan itu harga boleh menurun lebih rendah berbanding kadar semasa.

Saya berpendapat bahawa bitcoin mempunyai tahap sokongan kukuh pada $5,000. Saya menganggap bahawa lantunan harga yang tajam boleh tercetus sekiranya kadar mencecah tahap tersebut.

Tulis komen