Semua ulasan

Facebook kini membenarkan iklan mata wang kripto

Laman media Facebook mengemas kini dasar pengiklanan, dan kini membatalkan sekatan untuk iklan mata wang kripto, yang diperkenalkan pada bulan Januari tahun ini. Perkara ini dinyatakan dalam mesej yang diterbitkan semalam, 26 Jun.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada mesej diatas, sekatan terhadap iklan untuk ICO masih kekal berkuat kuasa.

Selain itu, bukan semua pengiklan boleh mempromosikan mata wang kripto dalam Facebook. Kepada sesiapa yang ingin menerbitkan iklan untuk produk dan pelaburan mata wang kripto, mereka perlu membuat permohonan, dan hanya sekiranya Facebook memutuskan bahawa iklan tersebut memenuhi keperluan tertentu, maka ia akan diterbitkan dalam laman media tersebut.

Pada pendapat saya, ini merupakan berita baik. Namun begitu, saya tidak merasakan bahawa ia akan mempengaruhi harga bitcoin dan altcoin lain. Harga bitcoin dan permodalan mata wang kripto hampir langsung tidak bergantung kepada pengiklanan dalam Facebook atau laman media sosial lain. Sehubungan dengan itu, keputusan Facebook tidak seharusnya dianggap sebagai tanda bahawa harga bitcoin akan menaik secara mendadak.

Tulis komen