• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

Tim Draper menyarankan pegawai Fed untuk mencari pekerjaan baru

Jutawan Amerika dan aktivis mata wang kripto, Tim Draper sekali lagi menyatakan tentang optimisim terhadap pasaran mata wang digital, secara khususnya, bitcoin. Dalam minggu lepas, ketika temubual bersama akhbar The Street, beliau menyatakan bahawa kejatuhan harga bitcoin tidak dirisaukan, yang ditunjukkan pada awal bulan Mei. Saya ingin mengingatkan bahawa sejak awal bulan mei, harga bitcoin menurun dari 10,000 USD ke kadar semasa, 6,500 USD. Tim Draper menerangkan bahawa beliau membeli bitcoin pada kadar semasa, dan dengan itu, menambah pelaburan dalam mata wang kripto.

Jutawan dari Amerika juga sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak mempercayai wang fiat, seperti dolar Amerika, euro, yen Jepun. Menurut pendapat beliau, dalam perspektif jangka masa panjang, mata wang tersebut akan kehilangan nilai berbanding bitcoin sehingga menjadi tidak berharga. Draper mempercayai bahawa dalam tempoh 5-7 tahun, mata wang kripto akan mula mengambil alih dolar AS, dan lambat laun, dolar tidak lagi akan digunakan dalam peraliran.

Saya ingin mengalih perhatian anda, bahawa Tim Draper, dalam ucapan Fed di San Francisco pada pertengahan bulan Mei, menyeru perwakilan pengawal selia yang bertanggungjawab untuk dasar kewangan di AS, untuk mula mencari pekerjaan baru, kerana pemusatan mata wang fiat sedikit demi sedikit akan diganti dengan mata wang kripto yang tidak berpusat. Saya juga optimis dengan pasaran mata wang kripto dalam jangka masa panjang, dan saya merasakan bahawa dalam tempoh 10 tahun, mata wang kripto akan mula bersaing dengan wang fiat.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.